Sabtu, 7 Mac 2015

Bukti riwayat palsu oleh Ustaz Kazim

Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa beliau akan memberikan bukti berkenaan riwayat palsu yang diminta oleh pendakwah bebas yang terkenal dengan program popular ‘Kalau Dah Jodoh’, Datuk Mohamad Kazim Elias.

Beliau berkata, kes itu sepatutnya berhenti setelah penjelasan berkenaan tujuan surat dalaman rasmi berkenaan.



“Namun, nampaknya tokoh berkenaan (Mohamad Kazim) terus mencabar meminta bukti walaupun bukti-bukti telah diberikan oleh pelbagai pihak.

“Bagi memenuhi hasrat beliau, In Sha Allah FB (Facebook) ini dalam masa terdekat akan memberikan bukti-bukti yang beliau minta itu,” tulisnya dalam Facebook rasmi milik beliau, DrMAZA.com hari ini.

Isu tercetus apabila sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis tersebar di laman-laman sosial yang menyatakan tidak bersetuju Mohd Kazim menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberikan sebab kerana Mohamad Kazim ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.

    riwayat palsu dari Ustaz Kazim

‘Riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramah Mohamad Kazim yang menyatakan ‘kenduri Rasululluah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Ustaz Kazim Eliasberkata, dalam ceramahnya beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.
-fmt-


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Sesama Islam telagah, sian kat org kafir, dakwah tak disampaikan.

Tanpa Nama berkata...

sama islam pun mau malukan orang...tak boleh panggil bincangkah...apa pandangan orang kafir pada kita?

Tanpa Nama berkata...

Dunia dah caca merba, fitnah sana sini, manusia dah tak amanah dedahkan dokumen sulit mufti, yang lainnya dah gila kwn tu dah duduk dalam ada pula versi liwat III. Inilah angkara manusia lupa tuhan, lupa dirinya asalnya mati, kemudian dihidupkan, kemudian dimatikan dan dikuburkan dan KEMUDIAN DIHIDUPKAN BERTEMU ROBBULJALIL DI YAUMIL MAHSYAR. Apa bekalan yg dibawa????? Dosa maksiat atau pahla?

Tanpa Nama berkata...

Sah dan nyata..apa lagi?malu le sikit kat umat yamg bukan nya bodoh tsk tau menilai!

Profakta berkata...

Kalau dah salah kena tegurlah....jgn ckp dlm kuliah kena berlapang dada tp sendiri pun susah nk buat...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah salah mengaku je. Orang tegur terima. Untuk kebaikan diri dan orang lain juga. Bukan soal bertelagah sesama islam pun dalam isu ni. Tiada apa2 yang perlu dimalukan dari orang kafir. Itu dakwaan dangkal yang ada kepentingan je yang berfikir macam tu. Tanpa kira siapa pun..dalam soal agama wajib ditegur jika kita tau itu salah. Jangan jadi penyokong yang membawa rebah.