dan Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat.
Anwar, 67, selaku pemohon memfailkan permohonan itu melalui peguamnya dari firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Penjara Malaysia sebagai responden.
Ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah, peguam Latheefa Koya memaklumkan, pihaknya turut memfailkan perakuan segera supaya kes tersebut didengar segera
kerana Parlimen sedang bersidang sehingga 9 April 2015.
Melalui afidavit sokongannya, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas diputuskan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan
kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan menyatakan beliau sedang mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong untuk kebebasan.
Beliau mendakwa di bawah Fasal 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan, kelayakan beliau tidak akan hilang kelayakan sebagai ketua pembangkang sehingga petisyen
pengampunan itu diputuskan.
Beliau mendakwa dari segi undang-undang, beliau layak menghadiri sidang rakyat.
Sehubungan itu peguamnya membuat permohonan melalui sat surat bertarikh 25 Februari 2015 kepada Menteri Dalam Negeri supaya Anwar dibenarkan menghadiri
sidang dewan Rakyat bermula 9 Mac hingga 9 September 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Kerana kebobrokan bertuankan syaitan UMNO maka sendiri bergelumang dgn kekusutan, padan muka!
Catat Ulasan