Isnin, 2 Mac 2015

AMK berkelahi pula dengan pemuda PAS

Angkatan Muda Keadikan (AMK) Pulau Pinang telah dikecam dan diminta jangan menyibuk berikutan kenyataannya mempersoalkan kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kecaman itu dikeluarkan oleh Pemuda PAS Perak Dan Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin sudah keterlaluan dan mencampuri urusan dalaman.

Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, “AMK Pulau Pinang tidak berhak untuk campuri urusan dalaman PAS. Fokus kepada memperbaiki parti sendiri!”

“Masing-masing mempunyai peranan kepada parti sendiri. Mohon hormati presiden kami,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, lapor Sinar Harian.

Kelmarin, AMK Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan mendesak Abdul Hadi untuk menjelaskan pendirian PAS berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-Umno dalam tempoh 14 hari.

Dalam sidang medianya itu, beliau meminta Abdul Hadi supaya tidak berdolak dalih dalam memberikan penjelasan sebenar.

Gesaan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan mengenai satu rakaman video mengenai penerangan isu kerajaan campuran antara Pas dan Umno.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Shafirol Rozali berkata, AMK negeri tidak menjalankan kajian sebelum membuat kenyataan media.

“AMK negeri sepatutnya bertindak lebih matang iaitu bertanya dan berbincang dengan Pemuda Pas negeri terlebih dahulu, bukan terus menggunakan media dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara parti PR,” katanya.

Mohd Shafirol berkata, AMK negeri juga perlu lebih bijak menjaga hati pengundi, penyokong dan petugas Pas khususnya dalam menghadapi PRK Parlimen Permatang Pauh nanti.

“Adakah Timbalan Ketua AMK negeri sengaja bangkitkan kemarahan PAS agar PAS kurang memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh? Sekiranya undi merosot atau PR kalah, maka PAS akan dijadikan kambing hitam seperti kekalahan Kedah?,” soalnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: