Sebelum bersama Farhan, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim sebelum berpisah pada Disember 2008.
Khabarnya pilihan hati Abby kali ini tak lain tak bukan, seorang ustaz yang pernah digambarkan Abby rapat dengan keluarganya sejak sekian lama sebagai guru mengaji anak-anaknya, dikenali sebagai Ustaz Khairul Azli.
Abby sebelum ini sememangnya pernah memberi ‘hint’ seolah-olah akan berkahwin di laman Instagram namun apabila ditanya peminat dia tidak pernah mengiyakannya secara jelas.
Tup-tup menerusi posting Instagram Ustaz Khairul Azli sendiri, ia seakan-akan mengesahkan mereka kini sudah pun bergelar suami isteri beberapa hari lalu.
Menerusi status akaun Instagram yang kini tersebar, rasanya agak mustahil jika seorang ‘ustaz’ mengeluarkan kata-kata di bawah jika bukan ditujukan kepada isterinya bukan?
Cuma yang kurang difahami, mengapa agaknya perkara ini disorokkan daripada pengetahuan umum?
Bukannya apa, jika perkara baik begini tidak dikongsikan dibimbangi boleh pula tercetus fitnah.
Apa pun, selamat pengantin baru buat Abby dan suami jika benar sudah mendirikan rumah tangga.
Semoga pilihan hati Abby kali ini benar-benar tepat, serasi dan membawa kebahagiaan serta ketenangan buatnya hingga ke akhir hayat.
-MYNEWSHUB.CC-
Belum berkahwin sebenarnya
SELEBRITI Abby Abadi menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah selamat bergelar isteri buat kali ketiga.
Dia dikatakan sudah bernikah dengan ustaz yang mengajar anak-anaknya mengaji iaitu Ustaz Khairul Azli.
Perkara ini tercetus selepas pertanyaan seorang pengikutnya di laman Instagram yang bertanyakan mengenai kesahihan berita mereka sudah bernikah, baru-baru ini yang kemudian disahkan betul sudah bernikah oleh individu yang menggunakan akaun nama @dijayamin.
Menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut, Abby memuat naik satu kenyataan yang memberikan jawapan kepada pertanyaan orang ramai mengenai statusnya kini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi. Ada ingat/sebut tentang Allah tak hari ni? Alhamdulilah bersyukur Allah panjangkan lagi umur kita yang penuh dosa ini kan. Jadi gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk lakukan ‘apa sahaja’ kerana Dia k.
“Pagi ni.. pening nak jawab mesej tahniah kata dah nikah. Adeh.. Senang gila percaya gosip. Tiada la.. Sekali lagi saya ulang buat masa ini TIADA. Bila saya jawab tak dalam mesej pagi ni, ada yang kata nak rahsia la tu. Aduhai.. Rahsiakan untuk apa? Dah memang takde. Blum sampai jodoh lagi sebab.. Ntahlah.. Panjang nak citer.. hehe,”
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan