Ahad, 15 Mac 2015

1MDB: Pinjaman walau dengan nama lain, tetap pinjaman ....


“Ianya kisah yang dicerita si bebal dengan berdegar-degar, tanpa memberi apa-apa maksud,” ini malangnya merupakan kesimpulan saya bagi penerangan yang dibuat pegawai kerajaan dan menteri di dalam menutup kegagalan bencana yang disebabkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Secara tepat, menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah harus berhenti memberi penafian dan terus menjelaskan perkara sebenar tentang Lembaga Pembangunan 1Malaysia.

Beliau dipetik pada laporan 12 Mac menafikan laporan media asing tentang pinjaman RM970 juta kepada 1MDB yang diberi kerajaan Malaysia. Husni bagaimanapun menafikan dakwaan dengan menegaskan laporan tersebut tersasar, dengan jumlah sebenar RM950 juta dan bukannya RM970 juta. Ianya bukan pinjaman tetapi “kredit tersedia”.

Di sini saya perlu menepuk bahu beliau dan memohon dipertimbangkan semula. Pertama, beza mana sangat RM950 juta dengan RM970 juta (pada jurang RM20 juta), kalau bukan beberapa tong berisi wang ringgit? Sudah tentu RM20 juta banyak bezanya, tetapi kita bukan bercerita tentang amaunnya. Perbezaannya di antaranya, dengab meminjam kata-kata Shakespeare ialah “kecil sahaja”.

Dan Shakespeare jugalah yang berkata, bunga mawar dengan nama lain tetap berbau harum. Jadi Enche Husni, perlukah pinjaman diberi nama lain seperti “kredit sedia ada”? Tentunya ia masih menggunakan wang rakyat. Dana yang diperuntukkan kepada 1MDB oleh kerajaan boleh digunakan segera atau kemudian hari. Bagaimana cara ia disalurkan bukan menjadi isu di sini.

Tetapi mungkin, ini hasil penjenamaan semula yang dilakukan Datuk Sri Idris Jala dan Pemandu yang memberi kesan kepada statistik di Malaysia. Saya berharap penjawat awam berhenti bermain kata dan mula mencari solusi masalah ini. Jangan sekadar menjelaskan sedangkan anda perlu membuat pengakuan. Dan saya tujukan itu kepada Enche Husni.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: