Khamis, 19 Mac 2015

1mDB bukan duit rakyat kah kah kah ..

Oit .. kalau nak mengampu pun berpada-padalah. Tapi semangat mengampu dan mengipas ni bukan baru saja wujud, sejak dulu kala lagi memang dah wujud.

Tapi awas, jangan dilihat kelihatan terlalu bodoh dek kerana mengampu. Jangan dilihat terlalu bangang hanya kerana nak dapat kedudukan dan tempat.

1. dana dalam negara ke, luar negara, dalam spender ke, semua hak rakyat, bukan suku-suku. aku tak tau pulak kalau dana dari pelaburan luar negara tu mak bapak UMNO punya. ades ... aku tau la ko tu pandai, tapi jangan malukan kepandaian ko.

2. kalau tak boleh dedah depan rakyat, boleh dedah depan Allah taala nanti,seluruh umat akan tau. apa ko nak risau. Bukan kita mintak dedah banyak-banyak, dedah yang memerlukan kejernihan, kalau tak salah kenapa perlu takut. hehehehe isu sekarang apasal ko yang jadi tukang cover line ..? sebab ko ...?

3. memang banyak profesor kangkung sekarang ni ...
Rakyat perlu yakin bahawa kerajaan tidak menggunakan duit rakyat untuk pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan mempunyai pelaburan luar negara yang boleh menampung organisasi tersebut.

"Kebiasaannya dana yang diguna adalah dana rakyat, tetapi kalau kita baca berita balik, 1MDB hanya dapat RM1 juta dana sahaja, itu sahaja.

"Tetapi kalau diikutkan, dana pelaburan strategik memang menggunakan 100 peratus dana kerajaan, tetapi dana itu adalah yang terdapat di dalam luar negara, bukan dalam negara," jelasnya ketika menjadi panel Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sin, hari ini.

1MDB bermula sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang ditubuhkan pada tahun 2008, dan dinamakan sebagai 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 mengumumkan 1MDB akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga mendakwa pada September lepas mengatakan hutang 1MDB kini dilaporkan melebihi RM30 bilion dan ia terletak di bawah tanggungjawab kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Audit Negara telah pun memulakan proses pengauditan terhadap 1MDB sebaik menerima arahan daripada Najib, awal Mac lalu.

Menurut Dr Azmi lagi, tidak semua urus tadbir dalam 1MDB perlu didedahkan kepada rakyat kerana setiap pendedahan 1MDB boleh menjejaskan kepentingan organisasi tersebut.

"Kebanyakan negara ada 1MDB, AS pun ada 1MDB, China ada 1MDB, Singapura ada dua 1MDB, kita pun ada dua 1MDB, Khazanah dan 1MDB, ini bukan perkara yang pelik sebenarnya.

"Kita perlu beritahu secara telus mengenai proses 1MDB. Jika rakyat mahu tahu mengenai 1MDB, kerajaan perlu buka (dedah) mengenai 1MDB ini. Namun tidak semua urus tadbir 1MDB harus didedahkan kepada rakyat," katanya lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Rosmah berjalan membeli cincin ,
cincin dibeli di luar negari,
Kalau tuan otak tak pandai .
Najib boleh memberi degree.

Membeli undi guna pensiswazahan.
duit yuran semua dah bayar.
apakan daya otak tak pandai .
Beramai ramai jumpa lecturer