Khamis, 5 Mac 2015

12 sebab mengapa Najib perlu undur


Himpunan #KitaLawan Sabtu ini bukan semata-mata bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Sekretariat #KitaLawan menjelaskan, tuntutan itu dibuat kerana Najib didakwa gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin negara.

“Fokus utama kita adalah Najib perlu berundur sebagai Perdana Menteri, banyak bukti dan sebab kenapa dia perlu berbuat demikian. Rakyat khususnya anak-anak muda tidak mahu melihat negara akan lebih hancur di bawah pentadbirannya,” kata Anggota Sekretariat tersebut, Akmal Nasir yang juga Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMk).

Sehubungan itu, mereka menyenaraikan 12 ‘kegagalan’ Najib sebagai faktor mengapa beliau perlu berundur.

12 sebab kenapa Najib perlu undur

1. Memusnahkan kewibawaan institusi kehakiman dengan memenjarakan Anwar sebagai tahanan politik melalui konspirasi Fitnah 2.
2. Meletakkan kedudukan kewangan negara dalam bahaya melalui skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana hutang 1MDB yang mencecah puluhan bilion ringgit bakal ditanggung oleh rakyat.
3. Hiprokasi beliau terhadap isu-isu hak asasi manusia yang mana akta-akta zalim dan drakonian seperti Akta Hasutan masih digunakan untuk menghukum rakyat demi melindungi kuasa dan kedudukan beliau.
4. Ketidakpedulian beliau terhadap ekonomi rakyat terutamanya dengan meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan beliau, keluarga mahupun pimpinan Umno Barisan Nasional yang lain terus bermewah dan berbelanja dengan boros.
5. Pengurusan ekonomi negara yang lemah dan tiada kekuatan menolak dasar ekonomi yang tidak adil kepada rakyat seperti masih mengadakan rundingan perjanjian TPPA, gagal menghapuskan cukai eksais kereta yang melampau dan sebagainya.
6. Meminggirkan nasib golongan muda yang berhadapan dengan kos sara hidup tinggi, pengangguran, kualiti pendidikan yang merudum dan mahasiswa tiada kebebasan akademik.
7. Masalah rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang terus berleluasa dimana tiada keikhlasan mahupun usaha (political will) di bawah kepimpinan beliau untuk membanterasnya sedangkan pemberi maklumat terus dihukum.
8. Tuntutan-tuntutan khusus rakyat seperti pilihan raya yang bersih dan adil, royalti minyak, anti-Lynas, dan pelbagai isu-isu lain langsung tidak didengar dan dihiraukan.
9. Menyekat kebebasan media di mana media arus perdana hanya menjadi saluran penyebaran agenda Umno dan pemerintahan beliau masih menggunapakai amalan lapuk permit penerbitan bagi menghadkan saluran-saluran media alternatif.
10. Menggalakkan kewujudan kumpulan-kumpulan ekstrimis perkauman atau agama seperti Perkasa seolah-olah kepimpinan beliau mahu membiarkan agar berlakunya ketegangan kaum dan agama.
11. Penyalahgunaan institusi-institusi kerajaan seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi tersebut.
12. Kes pembunuhan Altantuya yang masih menjadi tanda tanya dan pengakuan Sirul bahawa ada arahan atasan untuk melakukan pembunuhan tersebut perlu diperjelaskan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: