Sabtu, 28 Februari 2015

UMNO lucutkan jawatan Datuk Khairuddin kah kah kah kah

GEORGE TOWN: UMNO Pulau Pinang telah menerima salinan surat pelucutan jawatan Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan daripada
ibu pejabat UMNO.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pelucutan jawatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan UMNO dan peraturan-peraturan
persidangan UMNO.

"Ia juga selaras dengan Perkara 9A(1)(d) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seorang bankrap yang belum dilepaskan (undischarge bankrupt) tidak boleh
memegang sebarang jawatan di dalam pertubuhan.

"Beliau (Khairuddin) telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap oleh mahkamah pada 24 Mei tahun lepas dan satu laporan mengenai kebankrapan dirinya telah
dibuat ke ibu pejabat UMNO," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Musa berkata Khairuddin masih kekal sebagai anggota UMNO dan boleh menghadiri persidangan tahunan di peringkat cawangan tempat beliau menjadi
anggota.


* kah kah kah ... bankrap? Ya kebetulan. apakah kerana mengkritik Najib dan membuat laporan polis ke atas 1MDB? hahahhaha kasihan, siapa yang tak tunduk, tak boleh cari makan beb

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: