Rabu, 18 Februari 2015

Tak habis-habis lagi ke Shafee ..?

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan merujuk kepada Peguam Negara tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina mahkamah pada prosiding rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu.

Pada 'Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, di sini, malam tadi, katanya beliau akan mengutus surat mengenai perkara itu kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Makluman itu, katanya, adalah bagi meneliti dan berbincang sama ada Ketua Umum PKR itu yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, wajar dikenakan tindakan atau tidak.

Beliau berkata, sebarang bentuk penghinaan terhadap institusi mahkamah tidak harus dianggap biasa kerana kesannya akan menyebabkan rakyat terkeliru selain mengundang persepsi salah dan negatif terhadap badan kehakiman.

"Kita akan lihat...saya akan berbincang nanti dengan Peguam Negara sama ada Anwar patut dikenakan tindakan atau tidak atas sebab menghina mahkamah," katanya yang bertindak sebagai Ketua Pendakwa Raya kes rayuan berkenaan.

Muhammad Shafee mengulas soalan dibangkitkan tetamu berhubung tindakan Anwar yang "mengejutkan" mahkamah apabila mendakwa institusi itu sebagai "rakan subahat" bagi menamatkan karier politik beliau.

Hadir sama pada program itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun serta beberapa EXCOnya.

Dialog yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri kira-kira 500 tetamu, majoritinya adalah generasi muda.

Memulakan dialognya malam tadi, Muhammad Shafie menerangkan secara terperinci hampir 35 minit fakta kes liwat yang berlaku antara Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

ajakla sekali saiful.. azizan.. cerita sama.. maklumlah org senasib.. kesian..

Tanpa Nama berkata...

LIWAT SUKA SAMA SUKA,BIASANYA RAHSIA TU BOCOR OLEH PEHAK KA3.INI YG KENA LIWAT PERGI CERITA DEKAT ORANG.SUDAH ITU TIDAK KENA HUKUM PULA.KALAU SUKA SAMA SUKA,KEDUA-DUA KENA HUKUM.MALAYSIA BOLEH !!!

kalikung berkata...

Melayu ummo dgn rasuah liwat rogol rompak samun tipu semuanya ado dalam diri mereka ibarat isi dgn kuku. Jangan ambil peduli dgn puak umno ni silap haribulan mati nanti masuk neraka sia sia amalan kita sebagai orang Islam. Kita dah tahu jangan buat buat tak tahu. Hidup singkat jangan dipersiakan dgn isu puak umno meroyan ni.

Tanpa Nama berkata...

Shafee ni dah meroyan ada yang tak kenalah tu....

Tanpa Nama berkata...

Agaknya Klau anwar mati bru puak2 umno puas hati......

Tanpa Nama berkata...

Mana tak meroyannya, ramai orang Umno pu tak percaya pd tuduhan itu. Bahan bukti telah diubahsuai, saksi kejadian hanya seorang saja bawa sendiri KY jelli lagi, pendedahan kes macam katun, dibicara secara katun dan macam2 lagilah. Nik Aziz meninggal Najib pergi ziarah, Shafee menang kes Najib boleh buat dono je tak nampak kehepian langsung, maka hotlah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Bercakap dengan fakta... tengok video pendedahan Tan Sri Shafee. Jangan jadi macai makan taik seumur hidup... Berkata benar... Jangan jadi munafik!

Tanpa Nama berkata...

Kamu yg tak nampak Shafee itu yg main taik, macai2 UMNO pun semua berbau taik juga hingga kpd hakim2 pun sama, ada kamu paham!!!