Sabtu, 14 Februari 2015

Siasat dan dakwa segera Saiful Bukhari!!

Polis perlu menyiasat pengadu kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, kata ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng itu merujuk kenyataan Majlis Peguam semalam yang mempersoalkan mengapa Saiful tidak didakwa sedangkan dia turut bersubahat di bawah akta sama. "Saya minta polis menyiasat dalam tempoh 24 jam, sama ada tindakan undang-undang harus diambil terhadap Saiful.

"Saya mahu polis menjawab sama ada wujud unsur subahat atau sebaliknya. Jika tidak, kes itu maksudnya tiada mangsa," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sentul hari ini.

Semalam, Majlis Peguam berkata persepsi yang Anwar sedang dianiaya menerusi kes Liwat II didorong "anomali yang amat nyata," termasuk tiada tindakan dikenakan terhadap Saiful yang merupakan pengadu kes tersebut. Presidennya Christopher Leong berkata, pertuduhan terhadap Anwar dibuat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan yang jarang digunakan.

Katanya, apa yang ketara ialah Anwar tidak didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dengan liwat paksa atau rogol liwat, walaupun semasa prosiding kelihatan seperti terdapat tuduhan mengenai unsur paksaan. "Oleh itu, adalah luar biasa Anwar didakwa dan disabitkan dua kali bagi kesalahan yang dikatakan perbuatan seks antara orang dewasa, di mana pertuduhan itu tidak mengandungi unsur-unsur paksaan.

"Ini juga menimbulkan persoalan atau kebimbangan, mengapa pengadu, yang dikatakan turut melakukan perbuatan liwat itu, tidak didakwa kerana bersubahat mengikut Seksyen 377A dan 377B, dibaca bersama Seksyen 109, Kanun Keseksaan," kata Leong. Lim berkata keputusan Mahkamah Persekutuan pada Isnin tidak menjawab banyak persoalan sebaliknya menimbulkan lebih persoalan.

"Saya kongsi pandangan Leong dalam keputusan kes Liwat II bukan sahaja tidak menyelesaikan banyak soalan sebaliknya menimbulkan lagi banyak persoalan mengapa tiada paksaan tetapi yang bersubahat itu tidak didakwa sebagai salah seorang yang penting. "Saya akan bangkitkan persoalan ini mengapa Saiful tidak didakwa di Parlimen pada bulan Mac," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan sabitan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat Saiful di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Jun 2008.

Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan. Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral. Anwar didapati bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008, mengekalkan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Dalam ringkasan penghakiman, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan pembela sebagai tidak berasas. Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai. Beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah,

Kanada dan Australia menyatakan kebimbangan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Mereka berkata kes Anwar menimbulkan persoalan tentang kebebasan dan keadilan badan kehakiman Malaysia serta kedaulatan undang-undang negara ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: