Pendedahannya itu menyebabkan kalangan hadirin merah muka apabila Shafee menceritakan mengenai perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah, Shafee juga menceritakan bahawa Anwar “mencubit puting dada Saiful”.
Ucapannya di forum di Kelana Jaya itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.
Menurut peguam itu, Anwar juga bertanya kepada Saiful jika boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.
Beliau berkata, soalan itu menunjukkan bahawa kedua-duanya pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.
Menurutnya, Saiful mengaku pernah membuat hubungan seks dengan Anwar sebanyak sembilan kali.
Butiran mengenai perbuatan seksual itu tidak pernah didedahkan di mahkamah terbuka. Keterangan Saiful berhubung perkara itu dibuat secara in camera semasa perbicaraan.
read more: http://www.malaysiakini.com/news/289623
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
Nampak atau tidak betapa busuknya hati Shafee Abdullah ini?
Okay telitilah dua situasi berikut:
Pertama, jika benar Anwar telah melakukan perbuatan terkutuk itu, dia telah dijatuhi hukuman kerana didapati bersalah oleh mahkamah. Jadi, apa perlunya penerangan yg memalukan pesalah yg sedang menjalani hukuman itu? Adakah dia memandai-mandai menambah hukuman yg telah diputuskan oleh hakim? Adakah sebarang hak pd Shafee menambah lagi hukuman itu dgn menambahnya secara mencanang ke seluruh pelosok negara, hanya kerana pesalah itu Anwar bukannya Khir Toyo atau Datuk T misalannya. Tidak cukupkah penerangan dlm mahkamah dulu?
Kedua: Jika Anwar memang tidak bersalah pula, nyata sekali Shafee adalah makhluk dgn lidah syaitan. Ia tetap hendak meneruskan fitnah, supaya fitnah itu terus dipekatakan.
Okay, sudah jelaskah sekarang spesis apakah Shafee ini? Kedua-dua situasi tersebut menyerlahkan lagi bahawa Shafee memang teramat busuk hatinya. Aku tetap berpegang kpd situasi yg kedua tadi, iaitu Anwar telah difitnah.
Anwar dh kena jail kan.....knp tak puas hati lagi shafee tu?
Shafee oh shafee........
Shafee oh shafee.....
Catat Ulasan