Selasa, 10 Februari 2015

Saiful kata mahkamah telah buktikan dia benar | buntutku menjadi saksi

Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwatnya tujuh lepas, membuktikan beliau berada di pihak yang benar.

Mohd Saiful dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/ berkata beliau dan keluarganya menghormati keputusan mahkamah hari ini.

“Doa, istiqamah dan sabar selama tujuh tahun. Pada hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang ‘credible’,” katanya dalam blog itu hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.

Mohd Saiful berkata sejak tujuh tahun lepas, dari mula beliau membuat laporan polis sehinggalah ke saat ini, apa yang beliau mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah supaya aduannya terhadap perlakuan Anwar ke atasnya disiasat dan diadili.

” ….tidak lebih dari itu. Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti,” katanya.

Mohd Saiful turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersamanya selama ini, secara langsung atau tidak langsung – BERNAMA

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Saiful, kamu katakan telah diliwat tanpa rela. Habis tu siapakah yg buka seluar kamu? Tidak pernah kamu katakan bahawa kamu diberikan pil khayal, atau Anwar dibantu oleh orang lain untuk meliwat kamu, apakah kamu ketika itu berusia 23 tahun tidak boleh melawan Anwar yg berusia 61 tahun dimasa itu? Kamu sengaja mengatur fitnah dgn didalangi oleh anjing2 Umno, apa kamu fikir kita orang tak tahukah?

Tanpa Nama berkata...

mmm

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul