Ahad, 22 Februari 2015

Reda Allah lebih penting daripada menang pilihan raya, kata Mohd Amar

Kemenangan dalam pilihan raya dan seterusnya menawan Putrajaya bukan agenda utama PAS, kerana parti Islam itu lebih mementingkan keredaan Allah, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, berbeza dengan parti politik yang lain, walaupun PAS pada dasarnya menyertai pilihan raya untuk membentuk
kerajaan, ia menekankan yang segala tindakan perlu dirujuk pada kehendak agama.

"PAS tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. PAS merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu
keredaan Allah.

  "Itu perbezaan jelas PAS antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredai Allah," katanya dalam ulasan ucaptama Multaqa
Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.

Bercakap di hadapan hampir 1,000 ahli PAS, beliau turut menggesa anggotanya yakin terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ada yang ura-ura nak tukar presiden. Itu kerana kita tidak yakin atas dasar dan perjuangan. Kita perlu yakin bagaimana sekalipun," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

mohd shahran berkata...

BILA KELUAR AYAT NI.. PRU 14 KALAH SEBAB KEBODOHAN DAN KEBAHLOLAN ULAMAK DALAM PAS. MAK AHLI AKAN KATA KITA RDHO ULAMAK DA BERITAHU.. SO PRU 14 JANGAN MASUK BERTANDING LAH