Selasa, 17 Februari 2015

Apa dia ..? UG ..? Unity Goverment UMNO-PAS kembali ..?

Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG

Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai
masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan
kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama
(konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk
melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.

Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan
Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran
sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemarahan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang
itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.

Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah
cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam
Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan
displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur
mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang
inginkan kebaikan dan kesejahtraan.

Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau
yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa
besar) ialah anggota MSU.

Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab
sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya
kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.

Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas
presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.

Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan
menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.

Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan.
Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi
pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai.

Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan
bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.

Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan
bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama
dan menyalamatkan Melayu.

Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya
apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.

Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama
Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing.
Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.

Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya
Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.

Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan
kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan. -msomelayu

ULASAN GB

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU
sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan
rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali
memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan
tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum
ini di dalam entri bertajuk:
Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya.
Jangan salahkan orang lain.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Alaa... Hal perbincangan projek UG telah lama diakui oleh Bekas Timbalan Presiden ini. Tiada apa yang baru.

Seribu daya sedang menghadapi seribu dalih. Tu jer.