Ahad, 1 Februari 2015

Oldtown White Coffee saji babi dalam hidangan?

AUTA

SEJAK beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial satu resit makanan yang dipesan di sebuah kopitiam Oldtown White Coffee.

Pada resit tersebut, tertera tulisan 'taufu pork ball' dalam sajian mee kari yang dikatakan hanya disedari oleh seorang pelanggan selepas membayar hidangan tersebut.
Mesej yang tersebar itu turut mendakwa hidangan tersebut disahkan mengandungi babi oleh pelayan di kopitiam tersebut.

Dalam mesej itu turut mempersoalkan mengenai status halal Oldtown White Coffee walaupun telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


FAKTA

OLDTOWN White Coffee dalam kenyataan di laman Facebook menafikan menghidangkan sajian babi di semua cawangan mereka.

Menurut kenyataan itu, terdapat kesilapan ejaan pada resit yang tersebar di laman sosial.

“Salah faham ini berpunca daripada kesilapan ejaan kakitangan di cawangan kami yang memasukkan pesanan secara manual ke dalam sistem.

“Apa yang kakitangan kami maksudkan ialah tau fu pok (taufu goreng), bahan berasaskan soya yang terdapat dalam mee kari. Tiada dalam menu kami hidangan yang dikenali sebagai taufu pork (babi),” kata kenyataan itu.

Oldtown White Coffee turut memaklumkan mereka sedang berusaha menghubungi pelanggan yang memiliki resit itu bagi mengenal pasti cawangan terlibat seterusnya mengelakkan peristiwa sama berulang.

Dalam pada itu, Oldtown White Coffee juga memberi jaminan akan terus bekerja rapat dengan Jakim dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal dan prosedur pembersihan terus memenuhi keperluan halal oleh jabatan itu.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: