Kedua-dua kitab yang menggunakan bahasa Melayu itu diletakkan bersama bantuan banjir yang diagihkan sebuah NGO pada 21 Januari lalu, kepada penduduk di kampung berkenaan yang terjejas banjir kuning, akhir tahun lalu.
Dikhuatiri pengedaran kitab itu boleh memesongkan akidah umat Islam, Pemuda Umno Bahagian Pasir Mas bersama beberapa NGO tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) mengenai perkara berkenaan.
Ketuanya, Noor Azmawi Abd Rahman berkata, tujuan laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung pengedaran dua kitab itu.
“Kedua-dua kitab tersebut yang berbahasa Melayu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam di kampung berkenaan yang khuatir kedua-dua kitab itu boleh memesongkan akidah terutamanya golongan kanak-kanak.
“Jadi saya bersama beberapa NGO hadir dan membuat laporan polis di IPD Pasir Mas berhubung pengedaran kedua-dua kitab berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung pengedaran kitab berkenaan yang disertai hampir 100 ahli terdiri daripada Pemuda Umno Pasir Mas dan NGO tersebut.
Selain Pemuda Umno dan Biro Agama Umno bahagian, turut serta membuat laporan polis ialah, Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Pasir Mas (SRCC), Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Mas, Gerakan Belia 4B Pasir Mas dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pasir Mas.
Menurut Noor Azmawi, pihaknya menggesa polis menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu dan mencari dalang sebenar di sebalik pengedaran kitab-kitab itu.
Katanya, tindakan itu amat penting demi menjaga kesucian agama Islam dari terus dipermainkan mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Pada saya, tindakan ini cukup melampau dan seolah-olah pihak berkenaan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat yang beragama Islam di kampung tersebut,” katanya.
Noor Azmawi turut menyeru kepada umat Islam di negara ini untuk terus bersatu padu menjaga kesucian agama Islam dari terus dicemari anasir jahat.
“Sudah tiba masanya, kita ketepikan segala percanggahan politik dan bersatu padu demi menjaga kepentingan agama Islam,” katanya.
Difahamkan, kedua-dua kitab itu ditemui Pengerusi JKKKP Mukim Slow Machang, Suhaimi Mustapa.
Sementara itu, penduduk, Abdul Hamid Awang @ Awang Hamat berkata, mereka sangat terkejut apabila mendapati bungkusan bantuan banjir yang diterima turut mengandungi kitab Kristian.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya pihak yang terlibat perlu menjaga sensitiviti dan menghormati agama orang yang mereka ingin bantu,” katanya.
more updates ...
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan