"Saya berdoa kepada Allah SWT semoga keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim (diberi) kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini," katanya dalam akaun Twitter miliknya.
Orang kanan Khalid yang juga lantang mempertahankan ketuanya daripada kritikan PKR dan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Faekah Husin juga dalam Twitternya melahirkan simpati terhadap Anwar. "Hari ini adalah di antara hari-hari yang kelam dan suram. Sejarah 1999 berulang; pedihnya tetap sama meskipun keadaan berubah," kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu dalam akaun Twitter @faekah_qkn5.
Ketua menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP dalam Twitternya menyifatkan hari ini sebagai hari sedih buat rakyat Malaysia.
"@anwaribrahim didapati bersalah. Sedang menunggu hukuman. Hari yang sedih untuk semua!" katanya.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pula dalam Twitternya berkata: "Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami di saat yg teramat kelam ini".
Sebelum itu, pemimpin PR dilihat mula gelisah mendengar hujah apabila hakim mengatakan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan saksi yang boleh dipercayai.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika membacakan hujah berkata, Akta Keterangan tidak semestinya memerlukan sokongan bukti dalam kes seksual.
Hakim juga bersetuju dengan Mahkamah Rayuan sampel DNA yang diambil pada berus gigi, botol air mineral dan tuala menggunakan kaedah yang betul.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam Twitternya mengkritik barisan panel hakim kerana percaya dengan keterangan Saiful.
"Ketua Hakim berulang-ulang mengatakan hakim percaya dengan versi Saiful. Kamu jawablah di depan Allah nanti," katanya.
Ahli Majlis Pimpinan PKR, Latheefa Koya turut memuat naik status ulangan daripada kartunis satira Zunar: "Bersedia untuk berita buruk".
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen juga dalam status Twitternya berbunyi: "Hakim setuju Saiful merupakan saksi yang munasabah. Sekarang sedang menyentuh isu DNA. Setakat ini nampaknya keadaan tidak berapa bagus".
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
UMNO sudah tersangat marah, ini kerana; sudah sangat lama UMNO menjadi bahan gunaan dan mainan oleh puak Utara, dari Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir (Kedah), Tun Abdullah (Penang) namun kesudahannya yang mendapat kesan serta akibat dan buruk namanya adalah UMNO juga, sedang UMNO diasaskan oleh Puak Selatan pada awalnya untuk menyatukan melayu dari selatan ke utara sekaligus memakmurkan tanah semenanjung. Anwar Ibrahim memang seorang idealis dan populis, dia juga dari utara. Cukup-cukuplah, bagi-bagi lah peluang pada geng tengah dan selatan mengambil-alih urusan mentadbir Negara. Keturunan Tun Daim dan Tun Mahathir dah banyak buat duit guna UMNO, Tun Abdullah pun sama, Syed Mokhtar Bukhari, yang semua bangga-banggakan, orang Penang ka orang Kedah? berapa biliun lagi orang utara mau? la ni hangpa semua duk diam-diam, buat kerja masing-masing. Dah nama pekerja @ kuli tu, buat cara sebagai pekerja @ kuli. Siapa bos hangpa semua? Melayu, Cina, India, Mamak? Hangpa buat kerja hangpa, kami buat kerja kami. Kerana pemimpin hangpa geng utara lah jugak UMNO yang sengsara. Lagi mau kata UMNO yang jahat? Geng Selatan sudah bangkit.
Catat Ulasan