Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak supaya menghentikan polemik isu boikot peniaga.
Beliau menegaskan perdebatan mengenai isu tersebut tidak membawa kebaikan atau kata putus kepada mana-mana pihak.
Menurutnya, semua pihak seharusnya menumpukan fokus kepada usaha untuk menggiatkan lagi desakan penurunan harga barangan ke atas mana-mana peniaga degil
yang masih mengekalkan harga tinggi.
“Apabila peniaga yang degil turunkan harga barangan mereka, yang dapat faedahnya adalah pengguna tidak kira kaum apa sekalipun sama ada Melayu, Cina, India,
Kadazan, Dusun, Iban dan sebagainya.
“Tidak perlu kita gembar-gemburkan perkara yang lepas. Kalau kita masih lagi fokus kepada kenyataan saya atau apa pandangan orang terhadap saranan saya,
kita tidak akan fokus kepada soal peniaga yang enggan turunkan harga barangan. Jadi lebih baik kita fokuskan kepada perkara yang menguntungkan kita,” katanya
ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.
Katanya, semua pihak perlu menghormati kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sama sekali berpihak kepada saranan beliau.
“Semalam pun saya sudah sebutkan, yang pertama sekali, sesiapa sahaja di negara ini terutamanya yang berpihak kepada kerajaan perlu akur dengan saranan
yang dibuat oleh Perdana Menteri iaitu kita perlu bergerak ke hadapan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan