Selasa, 17 Februari 2015

Jawatan Timbalan PM suatu rekaan dan fitnah Anifah Aman - kata Anwar

Saudara Anwar Ibrahim hari ini memberitahu mahkamah bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan sengaja mereka cerita untuk mencari publisiti dengan memfitnahnya.

Anifah mendakwa, Ketua Umum KEADILAN itu telah menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri jika beliau menarik Ahli Parlimen dari Sabah sebagai usaha menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Kata Anwar, dakwaan tidak berasas Anifah itu dilakukan semasa Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung bagi mendapatkan liputan meluas media tempatan dan asing.

Anwar dikerumuni sahabat handai dan sanak saudara di bilik bicara hari ini.
Anwar dikerumuni sahabat handai dan sanak saudara di bilik bicara, Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

“Amat jelas sekali, ia (dakwaan) dibuat untuk audiens tertentu dan untuk media Umno,” kata Anwar semasa disoal balas peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli.

Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara berkata demikian kepada Mahkamah Tinggi, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid.

Menurutnya, dakwaan Anifah itu juga sesuatu yang difikirkannya semula kemudian kerana Anifah sebelum itu tidak membuat pengakuan sedemikian dalam pembelaannya sebelum ini pada 2009.

Pada sesi perbicaraan penuh kes ini yang berakhir pada 26 Disember tahun lalu, Anifah telah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan terhadapnya.

Anwar pada 27 Mei 2009, mengemukakan saman RM100 juta terhadap Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berhubung kenyataan fitnahnya pada satu sidang media di Washington pada 16 Mei 2009 yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Anwar dijangka bakal ‘keluar’ semula dari penjara Sungai Buloh semasa keputusan kes itu diputuskan pada 5 Jun depan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: