Sabtu, 7 Februari 2015

Isu Thaipusam .. JAKIM vs Dr Maza .. hmm mana satu betul?

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves Selasa lepas tidak menyalahi hukum syarak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata perkara itu sudah diperjelaskan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada 2012 yang mengatakan bahawa ia tidak bertentangan syarak selagi tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain.

"Kehadiran perdana menteri di majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves akan menjadi isu setiap kali majlis itu berlangsung. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam sebagai panduan dan rujukan.

"Selaku ketua kerajaan, perdana menteri telah sedia maklum mengenai batas-batas dan garis panduan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu perdana menteri tidak boleh menyertai acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak agama seperti didakwa sesetengah pihak.

Mengenai pakaian yang dipakai perdana menteri semasa majlis itu, Othman berkata ia juga tidak menyalahi garis panduan kerana kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India pada majlis rasmi dan tidak timbul isu pelanggaran akidah.

"Saya ingin menasihatkan seluruh umat Islam agar berhati-hati dalam memperkatakan isu yang tidak diketahui secara jelas supaya penyebaran isu-isu seumpama ini, lebih-lebih lagi berkait dengan akidah dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat," katanya.

Selasa lepas, Najib meluangkan masa menyaksikan perayaan Thaipusam ke-125 tahun di Kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves dan sebagai menghormati majlis, beliau berpakaian tradisional India, kurta berwarna krim.

- BERNAMA

Manakala TMI pula memetik ..

Jangan biar Najib pakai pakaian Hindu, kalungan bunga, kata mufti Perlis


Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin minta penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas menjaga batas Islam ketika pemimpin itu hadir majlis keagamaan bukan Islam.

Mufti Perlis yang baru dilantik semula, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meminta penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tegas dalam menjaga batas yang ditegah Islam ketika pemimpin nombor satu negara itu perlu menghadiri majlis keagamaan bukan Islam.

Beliau dilaporkan berkata di dalam Sinar Harian hari ini, penasihat perdana menteri perlu bertegas kepada penganjur program berkenaan demi memelihara kesucian agama Islam.

“Penasihat perdana menteri juga perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga kepada Najib atau memintanya memakai pakaian orang Hindu ketika menyambut acara keagamaan.

“Mereka perlu tegas dalam hal ini dan memaklumkan kepada penganjur Thaipusam di Batu Caves Najib boleh hadir dengan syarat tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk acara keagamaan penganut Hindu.

“Ini yang dilarang oleh Islam. Pemimpin Islam tidak dilarang menghadiri program penganut agama lain tetapi mesti ada had dan batasannya,” katanya kepada akhbar itu.

Katanya, Najib boleh menghadiri Thaipusam yang diadakan di Batu Caves, bagi meraikan rakyat beragama Hindu sejajar dengan amalan kepelbagaian agama di negara ini.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh menyertai sebarang acara keagamaan mereka kerana ia menyalahi atau bertentangan ajaran Islam.

“Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian sedemikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau perdana menteri Malaysia dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia,” kata Asri.

Beliau juga mengambil contoh anggota polis Islam bertugas menjaga keselamatan di Batu Caves sempena Thaipusam dan itu tidak bermakna mereka turut merayakannya.

“Anggota polis menjaga keselamatan orang ramai dan memastikan perayaan itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan.

“Mereka tidak merayakan acara itu sebaliknya hanya menjalan tugas mengawal keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Asri berkata, sebagai perdana menteri yang menjaga kepentingan semua bangsa dan agama, Najib wajar meraikan penduduk berlainan agama yang mengadakan upacara masing-masing.

Beliau bukan hanya menjaga orang Melayu tetapi kaum lain juga yang mempunyai fahaman agama berbeza tetapi masih perlu diraikan, katanya. – 6 Februari, 2015.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Berdua-duaan pasangan bukan muhrim adalah tetap salah, walaupun mereka tidak berbuat apa-apa pun. Kenapa salah??? Kerana ia mendatangkan syak dan boleh menimbulkan fitnah. Sama juga dgn situasi Najib, apa perlunya dia menghadiri perayaan keagamaan bukan islam itu? Jika sebagai pemimpin yg mewajarkan kehadirannya, kenapa dia membuka ruang untuk mendatangkan fitnah dgn berpakaian dan kalungan bunga itu walau tidak berniat sekalipun? Para penasihatnya perlulah peka supaya nama baik islam tetap terpelihara dgn rapi.