Susulan mengeluarkan kenyataan mengajak pengguna memboikot peniaga Cina yang menjadi viral di laman sosial, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil beri penjelasan.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini, Ismail Sabri berkata, tujuan kenyataan itu dibuat untuk meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.
“Ya, kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.
“Sewaktu kenaikan harga minyak mereka gunakan alasan, seolah-olah sengaja dilakukan bagi wujudkan kemarahan kepada kerajaan,” katanya.
Menurutnya, pengguna tidak harus mengharapkan kerajaan semata-mata untuk melindungi mereka daripada kenaikan harga sebaliknya perlu menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk menurunkan harga dengan memboikot.
“Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti. Tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti.
“Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina ini saya respons kepada (pengguna) Facebook yang mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar pengguna tidak hanya merungut sebaliknya bertindak.
“Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata.
“Tindakan mana-mana peniaga yang tidak turunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” katanya.
Sebelum ini, satu 'print screen' status di laman sosial yang didakwa ditulis oleh Ismail Sabri tersebar.
Namun, tinjauan Sinar Online ke laman Facebook dan Twitter Ismail Sabri mendapati status tersebut telah dipadamkan.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Apalah kamu ni Sabri, kena gertak macam itu pun kamu dah kecut? Bukankah ada Perkasa yg sentiasa bersedia untuk melindungi kamu sebagai orang melayu. Apalah lu!!!
Catat Ulasan