Sabtu, 7 Februari 2015

Ini dia alasan pu KIMMA kenapa tak dapat turunkan harga

Pengeluar dan pengedar yang menjual barang mentah dengan harga yang tinggi menyebabkan restoran mamak di negara ini sukar menurunkan harga di restoran mereka.

Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader mengesa, pengeluar dan pengedar menurunkan harga bahan mentah selari dengan harga minyak petrol kini.

"Saya ada berbincang dengan restoran mamak. Mereka kata, mereka tidak mampu buat apa-apa kerana harga bahan mentah daripada pengedar dan pengeluar masih sama.

"Kalau pengeluar dan pengedar dapat turunkan harga, kami tidak ada masalah juga untuk turunkan harga," katanya dalam sidang media menyokong Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung boikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barangan walaupun bahan api telah diturunkan, hari ini.

Menurutnya, pengusaha restoran mamak juga tidak dapat membeli daripada pengedar lain dan terpaksa membeli daripada pengedar yang sama memandangkan wujudnya monopoli penjualan bahan mentah.

"Malah, ada pengedar yang memonopoli penjualan bahan mentah. Mahu tidak mahu pengusaha restoran mamak terpaksa membeli daripada mereka juga.

"Nak beli daripada pengeluar terus pun susah kerana mereka (pengeluar) terikat kontrak dengan pengedar. Ada juga pengeluar yang tidak mahu jual kepada orang lain dan berpakat dengan pengedar itu," katanya.

Beliau berkata, untuk mengelakkan monopoli daripada terus berlaku, perlu wujud persaingan dalam pasaran.

Kata Syed Ibrahim, monopoli yang berlaku ini menyebabkan harga barangan tidak turun malah terus meningkat walaupun harga minyak sudah turun.

"Kami juga sedang usahakan Yakin Halal Mart. Kami sendiri akan menjadi pengedar barangan makanan seperti ayam, sayur, beras dan sebagainya untuk elakkan monopoli.

"Bahan mentah akan kita ambil dari pengeluar muslim dan kita akan bungkuskan semula sebelum dijual dengan harga berpatutan tidak seperti pengedar lain," katanya.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan mengenai Yakin Halal Mart tersebut.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: