Selasa, 3 Februari 2015

Cek RM12 juta Raja Nong Chik terus menjadi misteri

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan imej empat keping cek yang bernilai lebih RM12 juta.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Che’Gu bard mendakwa, setelah diteliti cek tersebut, beliau mendapati tertera nama bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.

“Adakah benar dan apakah urusan bekas Menteri sehingga memperolehi cek bernilai yang sebegitu jumlahnya,” tulisnya di dalam blog www.chegubard.blogspot.com.

Katanya, jika benar perkara tersebut berlaku, maka untunglah menjadi bekas menteri itu dan menyoal, “Itu baru dalam bentuk cek, tetapi jumlah sebenar hartanya berapa pula.”

raja nong chikSelain itu, Che’Gubard turut meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus dengan tindakan ‘menutup mata’ sedang rakyat di bawah dihambat dengan berbagai-bagai cukai.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak-banyak untuk turunkan indeks rasuah negara senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula,” dakwa beliau.
“Mohon senator Dato Raja Nong Chick tolong perjelaskan,” katanya.
-fmt-

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: