Jumaat, 20 Februari 2015

Bongkah ais hitam jadi misteri di Antartika

Selama korang hidup nih, pernah tak korang fikir tentang warna bongkah ais? Mesti tak pernah kan.. Ye la, selalunya perkara-perkara macam ni hanya para saintis yang buat kerja.. Ye dak?

Terbaru, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan rakaman beberapa keping gambar menakjubkan bongkah ais terbalik yang berwarna hitam.

Benarkah berwarna hitam? Apakah maksud disebalik warna berkenaan?. Nampaknya, gambar bongkah berkenaan sangat-sangat menarik hati para saintis dan penyelidik. Unik kot.. Jarang sekali nak tengok bentuk-bentuk pelik ..

Haa, mesti korang tengah berteka teki kan..Para penyelidik mengatakan bahawa corak-corak menakjubkan yang terdapat pada bongkah ais itu sebenarnya adalah unsur-unsur yang terdapat dalam lautan sejak beratus-ratus tahun dahulu.

“Bongkah ais itu mengandungi mendapan dan mineral-mineral berusia ratusan tahun yang dibawa oleh tiupan angin dan ia bertindak sebagai lapisan ais tersebut apabila terbalik. Peluang menyaksikan pemandangan sebegini umpama berada di dalam mimpi,” kata pihak Nasa.

Teringin nak tengok? Boleh la jejakkan kaki di Lembah Aisberg, satu kawasan di barat Laut Weddell .. Dipersilakan.. Hehe.. Jangan tak balik semula dah la yer.. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon: