Jumaat, 20 Februari 2015

Bekas IGP suruh polis siasat kembali kes Altantuya .. hehehehehe

HAHAHAH .. dah pencen baru suruh itu ini. kalau dia pegang kuasa, aku rasa sama saja. lebih kurang je. jadi kau suruh dia siasat buat apa. kau dah tau jawapannya.

Polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis, Sirul Azhar yang mengatakan bertindak mengikut arahan di dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis juga seharusnya mengambil kira semua pendedahan Sirul dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang didakwa.

"Polis kena siasat untuk mengesahkan ia betul atau tidak, setiap perkara baru yang didedahkan perlu disiasat semula.

"Polis juga perlu mengesahkan dakwaan Sirul sama ada ia benar atau tohmahan semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Musa mengulas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan Sirul mengarut ketika di tanya wartawan mengenai dakwaan 'orang penting yang mempunyai motif' dalam kes itu yang masih bebas.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya.

Kata Musa lagi, kerajaan harus meminta Sirul untuk pulang ke negara ini untuk memberi peluang polis menyiasat segala dakwaannya.

Sirul sebelum ini dilaporkan kesal kerana dijatuhkan hukuman mati selepas melakukan apa yang diarahkan.

Dia berkata seandainya ditakdirkan mati, rohnya tidak akan aman kerana hanya melakukan apa yang diarah dan mendapat balasan demikian.

Musa merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang kelapan dan berkhidmat sejak 12 November 2006 sehingga 12 September 2010.

* HAHAHAH .. dah pencen baru suruh itu ini. kalau dia pegang kuasa, aku rasa sama saja. lebih kurang je. jadi kau suruh dia siasat buat apa. kau dah tau jawapannya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: