yang dijadualkan bermula Isnin ini berkemungkinan akan ditunda.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu akan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menurutnya, sebelum ini perkara itu dibincangkan secara tidak rasmi dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin
ketika beliau melawat Perak, baru-baru ini.
“Kita akan dapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan semasa dan Jabatan Pelajaran serta Mara sendiri akan tentukan sama ada tarikh persekolahan akan dilanjutkan
ataupun tidak jika ia masih tidak dapat diselesaikan atau mangsa tidak dapat pulang ke rumah masing-masing,
“Pengumuman rasmi mengenainya akan dikeluarkan Jabatan Pelajaran Negeri ,” katanya ketika meyertai gotong-royong membersihkan beberapa rumah penduduk di
kawasan Dun Manong, kelmarin.
Turut serta, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Reezal Marican Naina Marican dan Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), Datuk Ismail
Saffian.
Terdahulu, ketika lawatannya sebelum ini, Muhyiddin menyedari berkemungkinan terdapat beberapa sekolah akan terus menjadi pusat pemindahan banjir.
Mengulas lanjut mengenainya, Zambry berkata, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak dan Pusat Latihan UiTM Sungai Galah antara pusat pemindahan yang
masih menempatkan ramai mangsa banjir.
Beliau berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi telah mula membuat penilaian kerosakan pada jeti, jambatan dan jalan seluruh negeri, termasuk di kawasan
perkampungan Orang Asli.
Katanya, usaha semua pihak terlibat membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan beberapa kawasan ditenggelami banjir amat dihargai.
update more ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan