Jumaat, 2 Januari 2015

Sekolah cuti sebulan ..? Siapa punya kerja ..?

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menafikan penyebaran berita palsu yang disebarkan di media sosial kononnya mengatakan penangguhan sesi persekolahan adalah
selama sebulan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah hanya seminggu.

"Sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari ini (Ahad) dan bagi negeri lain akan bermula pada 12 Januari
ini (Isnin).


"Ibu bapa dan orang awam diminta menghubungi kementerian dan menyemak di laman berita rasmi serta jangan mudah percaya sebaran melalui media sosial.

"Kementerian sudah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera kepada pihak tidak bertanggungjawab
yang menyebarkan berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: