Isnin, 5 Januari 2015

Pembayaran bonus kakitangan awam 2015

Kalau mengikut CUEPACS, mereka meminta agar bonus tersebut dibayar lebih awal untuk membantu kakitangan awam dalam menyediakan persekolahan anak masing-masing.

Dua tiga hari ini heboh mengatakan bonus akan dibayar pada 5 Januari 2015. Namun setelah disemak dengan beberapa pihak maka jelas bonus masih belum dibyar kepada kakitangan awam.

Berita bonus pada 5 Januari 2015 telah tersebar di aplikasi whatsapp dan facebook. Dan ada yang berasa kecewa kerana bonus yang diharapkan masih belum dimasukkan.

Kepada yang mengharap, bonus akan dimasukkan pada 15 Januari ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.

"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kerajaan prihatin tu yang tak tahan. sempat lagi bubuh politik kat situ. Kalau prihatin kenapa tak awalkan lagi .. sekolah bermula 11 - 12 Januari. Kalau betul-betul simpati, bagi je sebulan atau dua bulan gaji bonus. hehehehhe .. hangpa yang kerja kerajaan kena ucap terima kasih kepada Najib yang diserang e.coli tu. hahahahaha

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: