Khamis, 22 Januari 2015

Pembangkang pakar ekonomi tong kosong

Pembangkang dibidas seperti pakar ekonomi tong kosong apabila hanya pandai membuat kenyataan berhubung keadaan ekonomi negara yang bukan saja tidak membantu, malah mengundang kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sharkar Shamsuddin berkata, pencapaian ekonomi negeri-negeri yang dikuasai pembangkang juga tidak mencapai tahap membanggakan atau lebih cemerlang daripada negeri-negeri lain.

“Pembangkang bagi saya hanya tahu bercakap saja. Ekonomi di negeri-negeri yang mereka perintah pun tidaklah mencapai tahap yang boleh dibanggakan,” jelasnya, sambil memberikan contoh: “pada tahun lepas, negeri Selangor telah mengalami defisit sebanyak RM450 juta.”

Beliau menambah, pada tahun lalu Pulau Pinang telah mengalami defisit sebanyak RM255.4 juta, sementara Kelantan RM10.39 juta.

“Bagaimana mereka mahu mengkritik dan bercakap mengenai ekonomi negara sedangkan ekonomi negeri mereka sendiri pun tidak diurus dengan baik?,” soalnya, lapor UMNO-Online.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat agar tidak percaya dengan segala dakwaan yang dilontarkan oleh pembangkang yang mendakwa negara sedang berada di dalam krisis ekonomi.

“Pembangkang di negara kita ini tidak ada kerja lain, selain untuk memburukkan imej kerajaan serta melontarkan dakwaan yang tidak ada asasnya. Percayalah, bahawa kerajaan kita akan berusaha mengambil langkah yang terbaik dalam menghadapi sebarang krisis atau kemelut ekonomi demi untuk keselesaan rakyat dan kemakmuran negara ini,” katanya.

Tambah beliau, tindakan pembangkang mendakwa ekonomi negara dalam keadaan gawat merupakan satu propaganda politik yang sengaja dicetuskan untuk menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat untuk memburukkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kesan ini sudah pastinya dapat dirasai dengan lebih ketara kepada negara-negara pengeluar minyak termasuk Malaysia. Dalam isu kejatuhan harga minyak, pendapatan negara telah menyusut lebih kurang RM8 bilion,” jelas Sharkar.


* heheheh kuat melobi nampak ... maklumlah Adnan Yaakob pun sudah tidak disukai ramai. hehehehehe... memang tong kosong, tapi data yang dibagi tu cuba bandingkan dengan negeri UMNO. sapa lagi bagus? hehehehehehehe....

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: