PETALING JAYA: Rosli Abdul Rahim, bapa pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, terkejut apabila tiba-tiba rumahnya dikunjungi tetamu yang tidak disangka-sangka pada petang Khamis.
Ketika itu, beliau sedang bekerja di bengkel berdekatan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong selepas mengambil kedua anak istimewanya pulang dari sekolah.
Insiden ini berlaku selepas mStar Onlie melaporkan berita mengenai kesulitan yang dialami Rosli sekeluarga hinggakan serik untuk mendapat bantuan.
"Saya terkejut apabila seorang pegawai Lembaga Zakat Selangor datang ke rumah. Waktu itu saya sibuk di bengkel. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga siapa orang tu, kenapa dia datang.
"Rupa-rupanya dia datang untuk bertanyakan mengenai borang permohonan bantuan along (Ahmad) dan angah (Muhammad). Dia minta maaf sebab kesulitan yang dialami ketika berurusan dengan mereka selama ini," katanya kepada mStar Online.
Rosli yang bekerja sendiri berkata, pegawai itu meminta beliau menghantar semula borang permohonan ke pejabat cawangan Bandar Puteri untuk mendapatkan bantuan perubatan, Isnin ini.
"Dia kata tak perlu kepilkan sekali salinan pengesahan doktor tapi saya kata dalam proses nak dapatkan surat pengesahan," katanya.
Bagaimanapun, Rosli berkata, beliau bersyukur kerana masalah dalam mendapatkan bantuan untuk menyediakan keperluan dua anaknya yang sepanjang masa memerlukan lampin pakai buang dan beg najis itu akhirnya mendapat perhatian pihak berwajib.
"Oleh kerana saya bekerja sendiri kadang-kala bayaran lambat masuk. Jadi waktu itu saya ada masalah nak beli barangan keperluan mereka. Saya amat bersyukur kepada Allah, sekurang-kurangnya bebanan saya dapat diringankan sedikit," katanya.
Pada masa sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada portal mStar Online yang mendedahkan mengenai kesulitan yang dialami keluarga tersebut.
"Terima masih kepada mStar Online kerana membuat liputan mengenai along dan angah. Saya terkejut kerana dalam masa singkat terus dapat perhatian pihak berwajib," katanya.
Baru-baru ini, mStar Online melaporkan mengenai dugaan yang dihadapi Rosli selepas dua anaknya berjaya dipisahkan 13 tahun lalu, ketika berusia empat tahun menerusi pembedahan yang mencatat sejarah itu.
Beliau mendakwa sudah serik dan berputus-asa untuk turun naik pejabat kerajaan kerana terlalu banyak karenah birokrasi dan prosedur yang merumitkan.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya sedang menyiasat mengenai aduan tersebut.
Katanya, berdasarkan rekod pihaknya, Rosli pernah memohon untuk mendapatkan bantuan perubatan dua tahun lalu.
"Rekod kami menunjukkan Rosli pernah mengemukakan permohonan bantuan perubatan bagi kedua-dua anaknya itu pada 2013 dan 2014," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Malah, Norajun menegaskan kedua-dua permohonan tersebut diluluskan LZS dibawah kategori asnaf gharimin.
"Bagaimanapun menurut aduan yang tersiar, pihaknya sedang menyiasat perkara itu," katanya.
-mstar-
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Memang begitulah nasib rakyat bawaha apabila berurusan dgn pejabat kerajaan walau apa agensi sekalipun. Sy sendiri rasa serik kerana seringkali dianggap sampah oleh mereka, org ini kata ni, org ni kata tu...walaupun pada akhirnya berjaya tetapi melalui saat2 kena bertegang leher dgn mereka. Bayangkan apa berlaku pada org2 kampong/naif yg tak berupaya mengeluarkan pendapat mereka sudah pastinya menjadi mangsa
Sayidina Umar ibnu Khattab r.a. diriwayatkan keluar di gelab malam untuk merisik ehwal kebajikan ummat. Mungkin LZS dlm menjalankan tugas mulia ini perlu menambahbaik SOPnya kearah lebih mesra kepada yg memerlu, termasuk para duaffak yg tidak meminta minta.
Catat Ulasan