Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan operator kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak terjejas dengan langkah menangguhkan program tersebut bagi 2015. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2015.
Walaupun Putrajaya mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi 2015 sebagai satu langkah penyelarasan bajet, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan operator kem tidak terjejas dengan langkah tersebut.
Menteri Pertahanan itu berkata, operator kem PLKN akan berjalan seperti biasa dan jurulatih yang berjawatan tetap masih tidak terjejas.
"Penangguhan setahun tidak akan menjejaskan operator kem, jurulatih yang berjawatan tetap," katanya semasa ditemui selepas majlis pembentangan tersebut di Putrajaya hari ini.
Beliau juga berkata, satu sesi bengkel akan diadakan bagi menerangkan mengenai langkah penangguhan yang diumumkan hari ini.
"Bulan depan kami memutuskan untuk mengadakan bengkel melibatkan semua pihak terbabit – operator, jurulatih dan penjaga," katanya.
Namun, Hishammuddin tidak menjelaskan lebih lanjut mengapa masih menggaji mereka berjawatan tetap dalam PLKN.
"Program (PLKN) pelan 10 tahun transformasi masih berjalan. Mereka yang terlibat secara langsung dalam program tersebut tidak akan terjejas," katanya.
Pengumuman semakan semula Bajet 2015 hari ini dibuat selepas harga minyak kini jatuh di bawah $100, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai tidak realistik kerana mengalami kejatuhan hampir 50% sekaligus mengurangkan hasil negara.
Putrajaya hari ini mengumumkan penangguhan PLKN bagi sesi 2015 sebagai langkah penjimatan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi disebabkan kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit baru-baru ini.
Najib semasa mengumumkan semakan Belanjawan 2015 berkata, langkah tersebut akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta. – 20 Januari, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan