Kuala Lumpur: Keputusan berkahwin dengan lelaki berusia 25 tahun lebih muda menyebabkan seorang guru sengsara apabila kerap dibelasah selain didera suaminya
itu.
Malah, lelaki terbabit turut bertindak di luar batasan apabila turut mengugut mahu memperkosa anak tirinya selain membunuh mangsa.
Dalam kejadian terbaru jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa yang berusia 50 tahun mendakwa menghantar suaminya itu untuk bekerja di sebuah stesen minyak berhampiran
Salak Tinggi di sini.
Sumber berkata, mangsa bagaimanapun dikatakan bertengkar dengan suaminya itu di dalam kereta.
Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun bertindak memukul selain memaki hamun mangsa yang ketika itu sedang memandu kenderaan itu.
“Difahamkan mangsa kerap dipukul suaminya walaupun mereka baru melangsungkan perkahwinan tidak sampai tiga bulan.
“Susulan itu mangsa yang tidak tahan didera emosi dan fizikal bertindak membuat laporan polis berikutan bimbang terus dicederakan,” katanya.
Difahamkan mangsa sering dipukul suspek walaupun hanya kerana salah faham berhubung isu kecil.
“Malah suspek pernah mencekik mangsa selain mengacukan pisau ke muka guru berkenaan sebelum ini. Malah mangsa turut pernah ditumbuk di muka.
“Suspek kerap mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya mangsa melarikan diri dari rumah,” katanya.
Berdasarkan laporan, suspek pernah mengugut mahu mengupah individu memperkosa anak-anak perempuan mangsa.
“Suspek juga bertindak pelik apabila gemar merosakkan pakaian mangsa selain memusnahkan peralatan rumah didiami.
“Suspek yang turut tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa kerap memaksa mangsa menyerahkan wang. Susulan itu pihak polis yang menerima laporan bertindak
melakukan siasatan terhadap laporan itu,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22667#sthash.eazkFmjA.dpuf
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Kalau dah ada miang nak kahwin tu pilihlah suami yg baik2..nabi pun suruh kita cari pasangan yg baik..ni dah tak ada keja tetap dah tau dah tak boleh harap sebab lelaki memang kerjanya cari rezeki..tak ada alasan tak kerja sedangkan oku pun ramai je keja kat kfc tu...suami=imam
tidak boleh tolak ada kemungkinan mangsa menikah seorang penagih dadah.. !!
Catat Ulasan