Tinjauan Sinar Online di laman Facebook mendapati, kisah berkenaan dipercayai telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial tersebut, Syafiq Yazid J.
Syafiq memberitahu dia menitiskan air mata apabila mendengar respon lelaki tua itu selepas dia menyuapkan nasi ke mulutnya.
"Saya perhatikan makanan lelaki itu cuma nasi putih sahaja tidak ada lauk-lauk. Saya menawarkan diri untuk membeli hidangan yang lain. Tapi dia menolak dan mengatakan dia tak mampu untuk membayar. Saya jelaskan kepadanya, saya ikhlas. Pak cik tidak perlu bayar. Kemudian Saya belikan sebungkus nasi ayam.
"Saya suapkan ke mulutnya. Menitis air mata saya bila lelaki itu berkata, "anak terima kasih, pak cik tak mampu nak balas. Anak-anak pak cik tak pernah suapkan makanan kepada pak cik, pak cik sedih. Saya tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir. Lelaki tua terus memeluk saya"", ceritanya.
Beliau turut memberitahu hasil daripada perbualannya, lelaki tua itu memaklumkan dia berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Sentul, Kuala Lumpur.
Kisah yang dikongsi pada 10 Januari lalu mendapat perhatian pengguna Facebook dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan