Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, kritikan-kritikan yang dilakukannya sebelum ini agak keras kerana beliau jenis orang yang suka berterus-terang.
"Maaf cakaplah kalau saya kata, saya adalah daripada jenis yang berterus-terang dan saya akan kata apa yang saya rasa perlu dikatakan walaupun tidak disukai oleh yang empunya diri," kata Kadir dalam tulisan terbarunya di blog The Scribe A Kadir Jasin yang bertajuk "Kita mahukan Malaysia yang sejahtera."
"Kalau pembaca faham, mereka akan tahu yang kritikan saya terhadap Mohd Najib bukanlah tindakan melulu tetapi berasaskan hujah yang disokong fakta, perangkaan dan analisis," katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kadir berkata, sesiapa sahaja berpendidikan dan berilmu boleh sama ada yang ditulisnya itu betul atau silap.
Menurut Kadir, kritikannya kepada perdana menteri sebelum ini turut mendapat perhatian di media sosial dan seorang pengarang akhbar media arus perdana berbahasa Melayu memberitahunya mengenai video seorang pemuda Melayu memberikan "lecture" kepadanya di laman Youtube.
"Terima kasih kepada pengarang itu dan kepada pemuda Youtube kerana peduli dengan apa yang kami di luar arus perdana bincang dan huraikan.
"Alhamdulillah, selain pembahas yang berhujah dalam blog ini, kita juga mendapat perhatian pihak-pihak lain yang mengambil berat perbincangan kita dan menghebahkannya di arena-arena lain."
Kadir berkata, media arus perdana, blog, Youtube dan saluran media sosial digunakan untuk memarahi dan menasihati mereka yang dituduh cuba menjatuhkan kepemimpinan Najib.
"Saya ambil maklum dan saya gembira dengan penyertaan mereka, khususnya generasi muda.
"Buat orang Melayu Islam, eloklah kita berbahas secara berhemah, berilmu dan bijaksana serta menghormati kebebasan bersuara daripada menembak dan mengebom orang yang tidak kita setujui," katanya.
Menurut Kadir, seorang "anak didik"nya menulis di Facebook baru-baru ini tentang keperluan "jeneral bersara" mendiamkan diri untuk memberikan peluang kepada generasi muda.
"Jawapan saya mudah saja. Jeneral bersara itu tidaklah hebat kalau mereka berdiam diri dan membiarkan negara yang mereka bina dan pertahankan dengan darah dan keringat, hancur lebur akibat jeneral baru yang hambar," katanya.
Katanya, apa yang dilakukannya selama ini hanya kerana mahu melihat Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.
"Antara 31 Disember 2013 dan 29 Disember 2014 Bursa saham Pakistan naik 26.3% dalam mata wang nasional dan (31.5%) dalam mata wang dolar. Bursa Indonesia naik 21.2% (18.5%). Bursa Siam naik 15.4% (15%). Bursa India naik 29.4% (25.6%). Bursa Singapura naik 6.3% (1.5%). Bursa Malaysia JATUH 5.3% dalam mata wang ringgit dan JATUH 11.3% dalam mata wang dolar. (Sumber The Economist, 3 Januari, 2015).
"Kalau kita faham ekonomi, banyak lagi khabar ngeri mengenai Malaysia tercinta," katanya.
Hahahaha .. dan tengok video ini pula. jilat jangan tak jilat. teruk pun kau kata bagus. busuk pun kau kata wangi. jilat sampai licin beb. mana tau 'big mama' bagi sesuatu .. hahahahaha
Nanti aku sambung ... hahahahahaha
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Jika anda selidi tulisan Kadir Jasin, amat sukar untuk ditemui tulisan tulisan Kadir yang menyentuh atau mengkritik Tun Mahathir baik semasa era Tun Mahathir berkuasa mahu pun sekarang. Walau pun ramai rakyat Malaysia sedar dan tahu banyak kerosakan urus tadbir Malaysia diasas dan disumbangkan Mahathir, namun untuk temui tulisan Kadir yang menyerang Mahathir amat mustahil sekali.
Pernah sekali tulisan Kadir menyinggung Mahathir ketika beliau masih menjadi orang kuat News Strait Times. Kesan dari tulisan beliau itu, Kadir terpelanting dari kedudukan istimewanya di NST. Barangkali ini yang menyebabkan Kadir fobia untuk menyentuh perkara negatif tentang Mahathir.
Jika kita menghimbau latar belakang hidup Kadir, maka kita akan faham kenapa beliau ini menjadi pemuja dan pengikut Mahathir yang setia. Sumbangan Mahathir kepada keluarga Kadir sejak era ayahnya Jasin bukanlah sedikit. Ini yang menyebabkan Kadir mengelak untuk menyentuh Mahathir walau pun di luar sana ramai yang akui banyak kesilapan yang telah Mahathir lakukan disepanjang beliau menjadi PM. Atas sebab ini Kadir terpaksa membutakan mata. Di sinilah kita tampak betapa Kadir gagal untuk menjadi pengkritik yang baik dan fair sebaliknya beliau adalah pengkagum Mahathir dan berada dalam kelompok yang sama dalam regu tersebut termasuklah Daim Zainuddin.
Samada Pak Lah, Najib atau Mahathir sendiri, masing masing ada kelemahannya dan perlu dikritik agar dapat diperbaiki, Tapi Kadir lebih memilih untuk menyerang pengganti pengganti Mahathir sedangkan beliau tidak pernah menyalahkan Mahathir kerana melantik orang yang salah.
Jadi jangan percaya bahawa Kadir ini seorang blogger dan pengulas politik yang fair dan seimbang sebaliknya dia berperanan umpama serampang 2 mata, untuk melumpuhkan orang yang tidak dikehendaki Mahathir dan dalam masa yang sama cuba membantu Mahathir agar dapat mengekalkan legasi beliau. Pada Kadir, Pak Lah, Najib atau pun Pakatan Rakyat, semuanya tidak baik. Di dadanya hanya ada Mahathir walau pun sebahagian besar caca marba yang berlaku khususnya dalam sistem kehakiman negara ini adalah hasil buah tangan idolanya sendiri.
Belajarlah untuk berkata benar dalam semua perkara. Janganlah kita menjadi penulis dan blogger yang hipokrit kalau kita jujur dan ikhlas mahu melihat Malaysia lebih cemerlang, makmur dan dihormati di masa hadapan.
Catat Ulasan