Ahad, 25 Januari 2015

JPJ bawa khabar gembira buat rakyat Malaysia

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang
menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pihaknya akan membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian
undang-undang itu.

"JPJ akan laksanakan secepat mungkin untuk kemudahan pelbagai pihak dan saya rasa harga untuk mengambil lesen memandu kereta dan motosikal selepas ini
lebih murah sedikit," katanya kepada pemberita selepas Program Satu komuniti Satu JPJ, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga hari ini.

wyciwyg://103/http://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-1018866502670965&format=336x280&output=html&h=280&slotname=6246373855&adk=3989813464&w=336&ea=0&flash=0&url=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Fbahasa%2Farticle%2Fjpj-jangka-bayaran-untuk-dapat-lesen-kereta-dan-motosikal-turun&dt=1422113497280&bpp=24&bdt=3377&shv=r20150120&cbv=r20141212&saldr=aa&correlator=6935923117726&frm=23&ga_vid=1054195468.1420213676&ga_sid=1422113498&ga_hid=2060142770&ga_fc=0&u_tz=480&u_his=3&u_java=0&u_h=768&u_w=1366&u_ah=728&u_aw=1366&u_cd=24&u_nplug=7&u_nmime=14&dff=serif&dfs=16&adx=305&ady=888&biw=1349&bih=657&isw=336&ish=280&ifk=2833878103&eid=317150304&oid=3&ref=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Fbahasa%2Farticle%2Fkerajaan-perlu-kurangkan-belanja-untuk-capai-wawasan-2020-kata-dr-mahathir&rx=0&eae=2&fc=24&brdim=%2C%2C-8%2C-8%2C1366%2C0%2C1382%2C744%2C336%2C280&vis=2&abl=NS&ppjl=t&fu=4&bc=1&ifi=1&dtd=510
frame
pagead/aclk

frame end
Program transformasi JPJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lancar kepada penduduk di luar bandar itu dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memutuskan individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Sebelum ini, mereka yang ingin mengambil lesen kereta dan motosikal perlu mempelajari modul kereta dan modul motosikal berasingan serta menduduki dua ujian
berasingan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan kemalangan maut melibatkan 4 orang di Melaka disebabkan
sebuah kereta diburu JPJ.

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati 4 anggota JPJ yang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan kemalangan itu dan memberi bantuan sementara
menunggu polis tiba ke tempat kejadian.

"Berita yang disiarkan itu adalah satu tohmahan kepada JPJ dan sebenarnya tiada keperluan untuk penguat kuasa agensi berkenaan mengejar kenderaan berkenaan
kerana ia bukan kes jenayah.

"Pihak JPJ juga mendapatkan maklumat daripada polis dan bomba di sana (Melaka), mereka maklumkan tiada laporan kereta terlibat dalam kemalangan itu dikejar
penguat kuasa kami," katanya.

Dalam kejadian itu, 4 sekeluarga maut setelah kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan 2 kereta lain di Kampung Bukit
Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka, petang semalam.

Portal berita berkenaan melaporkan sebuah daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kenderaan yang diburu JPJ sebelum melanggar kereta
Perodua Kancil berkenaan. – Bernama, 24 Januari, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Pengarah yang berkata "Kita nak orang ramai mati 5,358 orang saja mati menjelang tahun 2020, ini dari segi teorilah..homepaper...tapi basicly maknanya kita NAK... Sepatutnya tanpa apa-apa langkah penguatkuasaan orang ramai dijangka mati 10,716  orang mati" Ahaha.. belum tukar lagi Pengarah yang buat statement tak sekolah ni, seperti hilangnya kempen nombor plat yang boleh sebabkan kemalangan tu..

Tanpa Nama berkata...

Warga 50 tahun ke atas sepatutnya bagi percuma....