SHAH ALAM - Pihak penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat memohon maaf kepada semua murid dan ibu bapa atas kesilapan pencetakan yang berlaku di dalam buku tersebut.
Wakil Produksi syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd yang hanya mahu dikenali sebagai Mei berkata, pihaknya amat kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang.
“Kami minta maaf kepada semua, saya mohon beri kami tempoh untuk kami lakukan pembetulan dan mencetak semula buku itu,” katanya.
Sebelum ini, heboh di media sosial apabila kandungan buku latihan murid tahun empat yang bertajuk ‘Keluarga Harmoni’ itu memaparkan gambar hubungan antara lelaki dan lelaki dalam salasilah keluarga.
Sehubungan itu, pihak syarikat penerbitan itu memberitahu akan menarik semula stok yang diedarkan dan akan digantikan dengan yang baharu.
Ditanya bagaimana kesilapan itu boleh terjadi, Mei berkata kesilapan berlaku pada format komputer pencetakan.
“Kami bukan sengaja kesilapan pada ‘setting computer’, sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki,” katanya.
Menurut Mei, pihaknya memerlukan masa satu hingga dua minggu untuk berbuat demikian dan meminta untuk orang ramai bersabar.
“Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang dibeli. Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu,” katanya.
Ditanya berapa banyak buku terjual, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu hampir semua sekolah rendah menggunakan buku latihan itu.
Bagaimanapun, pihaknya memaklumkan isu kandungan seks di dalam buku murid tahun lima yang tersebar di media sosial bukan datang daripada syarikatnya.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan