Jumaat, 23 Januari 2015

Ini dia anggota polis yang sebar video Zamani Slam dibuli suruh nyanyi sambil bergari

Berikutan daripada dakwaan penyebaran klip penyanyi Zamani semasa dalam tahanan polis baru-baru ini, pihak Polis sangat memandang serius terhadap perbuatan tersebut. Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hasil siasatan awal setakat ini, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video tersebut. Disamping itu, Polis Selangor juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.



video di sini

Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Disamping itu, siasatan dalaman dari segi salahlaku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Kontinjen Selangor.

Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa, telahpun dilaksanakan dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota-anggota polis yang terlibat.

Ketua Polis Selangor

*gua memang minat habis dengan Slam, dan gua mengecam tindakan anggota polis yang sebar video macam ni. Apapun kesalahan dia, lu orang jangan ingat lu orang boleh buat suka hati. Lagi satu, nama pun dalam siasatan, so korang tunggu la muka anggota polis tu keluar kat media perdana. Itupun kalau keluar la .. hahahhahaha




more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: