Selasa, 27 Januari 2015

Ibu Sirul Azhar pasti sudah kena 'nasi kangkang' PAS

Naluri seorang ibu mengatakan anaknya bukan pembunuh sebenar, dia hanya menjalankan tugas mengikut arahan pihak - pihak tertentu yang sedang ketawa terbahak-bahak sekarang.

Persetan dengan motif, yang penting mungkin mahkamah dunia, siapa yang meletupkan Altantuya. Siapa perancang dan penyebab itu kita bakul sampahkan. Dan bagi orang-orang tertentu, mesti beranggapan ibu Sirul Azhar hanyalah mengikut telunjuk 'nafsu' PAS. Seperti biasa mereka akan mengatakan sudah termakan dakyah pembangkang. Bodoh berlantun-lantun...

Kalau benda ni jadi kat hangpa baru hangpa ada akai .. mana tau adik ke, abang ke .. jadi kambing hitam pihak-pihak tertentu dan akhirnya dihukum gantung .. baru ada akai ..

Agaknya kalau kambing diberi otak, kambing pun cakap, mana mungkin Sirul Azhar bunuh tanpa sebab. Kambing pun hairan kenapa rekod imigresen Altantuya boleh lenyap.. siapa perancang .?

Ahhh .. kesetan semua tu, janji saluran mahkamah sudah tertunai ... yang merancang sedang terbahak-bahak ketawa sampai terkentut-kentut.

Yang malang Sirul Azhar dan keluarganya serta rakyat yang cintakan keadilan ..

TAIPING: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar melahirkan rasa sedih dengan nasib yang dihadapi oleh anaknya itu.Piah Samat, 74, mengharapkan anaknya dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati seperti yang dijatuhkan oleh mahkamah apabila didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, keluarga menganggap Sirul dianiaya dan hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis."Tak tahulah, hanya Tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat."Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang satu (Allah), nak mintak tolong kat sapa lagi," katanya dengan nada sebak.

Beliau berkata demikian ketika bersama pimpinan PAS iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melawat beliau di kediamannya, dekat Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh.Ibu tunggal itu menyatakan, Sirul adalah seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Sirul Azhar katanya sentiasa mengambil berat dan berhubung dengannya serta adik beradiknya walaupun sibuk dengan tugasan hakiki.Katanya lagi, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, masyarakat khususnya penduduk kampung di sekitarnya telah datang memberikan sokongan moral terhadapnya.

"Masyarakat simpati dengan nasib keluarga kami, semua bagi sokongan, orang kampung datang beri sokongan kepada kami."Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia dah kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang.

"Tidak henti-henti Allah bagi ujian kepada makcik, lepas setahun adik dia meninggal dunia akibat kemalangan, makcik terima pula khabar dia," rintihnya lagi hingga menitiskan air mata.

Namun begitu, beliau berkata, anak-anaknya yang lain sentiasa memberikan semangat terhadapnya dan berpesan agar tidak putus untuk berdoa serta solat untuk meminta pertolongan hanya daripada Allah.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana tambil menzahirkan keprihatinan mereka terhadap isu ini dan mengharapkan parti itu terus memperjuangkan nasib anaknya itu. ~harakahdaily


psssttt ... yang kenyang orang lain, yang malang jadi kambing hitam orang lain ...!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

menatang ada otak tak da akai
manusia ada akai tak mau pakai