Sabtu, 10 Januari 2015

Gempar lihat awan berbentuk aneh

MANJOI - Penduduk di sekitar Manjoi dan beberapa kawasan berhampiran digemparkan dengan fenomena aneh apabila awan dilihat membentuk seperti ribut pasir
petang kelmarin.

Seorang penduduk, Jaafar Uthman, 55, berkata, pada kira-kira 6.30 petang, langit tiba-tiba dipenuhi gumpalan awan hitam bertingkat-tingkat.


foto awan bentuk aneh
Menurutnya, fenomena selama 30 minit dan pertama kali dilihat di kawasan Manjoi itu kemudiannya diselangi hujan lebat dan angin kencang.

“Sebagai orang biasa, bila tengok keadaan cuaca dan awan seperti itu, kita bayangkan hujan akan turun dengan lebat. Apa, mengapa dan bagaimana fenomena
itu berlaku memang tidak tahu. Inilah kekuasaan ALLAH SWT yang menjadikan awan itu sedemikian rupa,” katanya.

Mazlan Mokhtar, 43, pula berkata, dia dan isteri yang kebetulan berada di luar rumah juga terpegun melihat awan tersebut.

Katanya, mereka menjangkakan hujan lebat memandangkan angin bertiup kencang hingga tikar di dalam rumah terangkat.

Sementara itu, Ramlee Zakaria, 47, berkata, fenomena itu juga dapat dilihat dari rumahnya di Taman Meru sejak jam enam petang kelmarin.

Katanya, pada mulanya keadaan itu umpama asap dari kebakaran bagaimanapun dia kemudiannya ternampak awan kecil bergerak serta berkumpul dan akhirnya hujan
lebat berserta angin kencang.

“Memang kejadian ini kali pertama saya lihat. Saya tidak terkejut dengan keadaan itu malah menganggap ia fenomena biasa yang jarang berlaku di tempat kita,”
katanya.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: