Rabu, 28 Januari 2015

Gadis yang pertahan peluk cium artis K-Pop tu orang RTM rupanya

Sewaktu kecoh cerita isu wanita bertudung dipeluk K-pop tu.., ramai lah orang yang muncul nak memberi pendapat masing-masing.. Ada pendapat yang boleh terima pakai tu ok la jugak.. Tapi bila dah pendapat yang macam pelik je bunyinya mesti akan kena hentam teruk..

Siapa lagi kalau bukan video seorang wanita yang memberi pendapat yang sangat merepek di laman sosial tu.., dah menjadi viral dan dapat kutukan hebat dari ramai orang.. Apa yang lebih menarik..

Korang nak tahu wanita yang buat video tu bukan wanita biasa tau.., dan bukan jugak wanita luar biasa..hehe.. Cuma dia ni adalah salah seorang fanalis Ikon Siarawan, Nurul Hidayah Md. Nawai.. , program ini adalah anjuran RTM..

Agaknya nak cari perhatian lebih tu yang sampai buat video tu.., tapi perhatian yang dia cari ni tersalah langkah.. Miss A pun pernah tengok video yang dia cakap tu.. Tapi tak tengok sampai habis.., sebab macam merepek je..haha.. Macam beri fakta yang salah je pasal islam..

Disebabkan video perkongsian dia tu masih lagi mendapat kutukan dan kecaman hebat rakyat Malaysia.., berdasarkan dari laporan Utusan, pihak pengurusan RTM khabarnya dah ambil langkah tegas kat Nurul, dengan rehatkan dia dari mana-mana program stesen penyiaran RTM..

Nampak tak kesan yang korang akan dapat kalau cuba nak buat video yang merepek macam Nurul ni.., lain kali nak cari publisiti tu guna jalan yang betul.., dah tersalah langkah habis memakan diri.. Nasib baik stesen RTM tak buang terus dia dari penyiaran mereka.. Miss A

~Bloglist Malaysia

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Itu pun dengan,iron,ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Seorang perempuan bodoh cuba menghalalkan maksiat dengan mengatakan bahawa gadis-gadis Islam dipeluk cium oleh artis-artis muka plastik kpop Korea di atas pentas dengan izin Allah swt. Memang semua yang terjadi dan tidak terjadi adalah dengan izin Allah swt tetapi perempuan jahil ini gagal berfikir samada Allah redha dengan maksiat yang berlaku di atas pentas k-pop tersebut atau tidak. Sesungguhnya Allah swt tidak redha dengan maksiat, kemungkaran dan kesesatan !

Semua manusia diberi akal untuk memilih melakukan kebaikan atau kejahatan dan manusia bertanggung-jawab ke atas pilihan mereka. Sebagai contoh, seorang manusia memilih untuk merompak dan Allah mengizinkannya maka berlakulah rompakan. Sesungguhnya Allah tidak redha terhadap rompakan tersebut dan perompak tersebut akan menerima pembalasan yang setimpal dengan kejahatannya.