Khamis, 15 Januari 2015

Daim tak kisah disiasat SPRM berkaitan kontroversi memiliki bank di luar negara

Tun Daim Zainuddin berkata beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perniagaan perbankan miliknya di luar negara.

"Saya sedia sokong dan bekerjasama dengan SPRM dalam siasatannya," kata bekas menteri kewangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Daim berkata, beliau yakin dengan keupayaan SPRM untuk melaksanakan penyiasatan itu.

Laporan media sebelum ini menyebut Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, tetapi menafikan terdapat pelanggaran atau salah guna kuasa berhubung pemilikan itu.




Daim dilaporkan sebagai berkata sudah dua kali disiasat berhubung perkara itu pada 1999, tetapi pihak berkuasa tidak menemui sebarang salah laku. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jgn dijolok sarang tebuan, sengat nye bisa teramat sangat bile dia menyerang balik...