Rabu, 28 Januari 2015

Biar betoi .. S/U PAS 'senang' kalau Anwar masuk penjara?

Biar betoi .. takkan Setiausaha PAS cakap macam ni ..?

Tak sayang mulut ..? hahahaha ...

Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali hari ini dengan lantangnya mendedahkan bahawa perjalanan Pakatan Rakyat tidak akan berpecah jika Anwar dihumbankan ke penjara malah ianya akan menjadi lebih kukuh seperti sebelum beliau dibebaskan sebelum ini.

Tindakan pemimpin PAS ini telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat kerana ianya dilihat boleh membawa satu persepsi negatif bahawa Anwar seolah-olah tidak dipandang tinggi oleh parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mustafa berkata hujah beliau sangat kukuh kerana Anwar ketika di penjara dahulu tugasnya dipikul oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih sebagai Anwar untuk mengetuai PKR. Semasa Azizah mengetuai PKR hubungan pakatan ketika itu erat tanpa sebarang perbalahan.

"Itu bukan sebab, lagi kukuh PR. Sebab kita kena bertanggungjawab meneruskan. Tidak ada orang itu pun tidak ada masalah. Waktu kita tubuh BA dulu pun Anwar masih di dalam (penjara)tetapi masih jalan,” kata Mustafa kepada media.

Tambah Mustafa lagi, jika Anwar tiada untuk mengetuai PKR masih ramai pemimpin-pemimpin yang layak menggantikan tempat beliau. Katanya, jika Anwar tiada isteri beliau masih ada untuk menggantikan tempat Anwar, Azmin juga boleh menggantikan Anwar.

“Anwar tiada, Kak Wan ada, Azmin ada, itu pimpinan mereka. Presiden, timbalan. Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang,” katanya merujuk kepada Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, kenyataan pemimpin PAS ini telah dipandang sinis oleh kem PKR. Melalui Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya sebentar tadi telah membidas kenyataan Mustafa dengan berkata bahawa Pakatan Rakyat amat-amat memerlukan pemimpin seperti anwar dan ianya dilihat amat relevan sekali.

"Kita tidak perlu dalam sindrom penafian, kita harus jujur. Isu Anwar bebas atau tidak tetap akan beri impak kepada Pakatan dan rakyat keseluruhannya, impak itu tetap relevan," ujar beliau kepada media.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Semasa Barisan Alternatif padu dulu, memang benar Anwar dlm tahanan penjara tetapi lebih benar lagi ketika itu presiden PAS adalah Almarhum Ustaz Fadhil Noor yg langsung tiada kepandaian sebagai nelayan. Ustaz Fadhil tidak kluk klek bila bercakap, tidak pernah u-turn dlm membuat keputusan dan juga tidak pernah membuat fitnah pil kuda, broker serta membaruakan orang lain, TIDAK PERNAH!