teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.
Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air
sejak Sabtu lalu.
Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke
Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.
Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas
kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.
Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.
Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.
Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari
Honolulu.
Rekod Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat eksekutif Boeing 737 tiba di Kota Bharu pada masa yang sama dengan ketibaan Najib, seperti dilaporkan.
Pada masa tersebut, jet asal yang digunakannya sudahpun berada di Indianapolis, Amerika Syarikat, selepas persinggahan singkat di Los Angeles.
Pesawat itu berada di Indianapolis selama enam hari sehingga 31 Disember, dan kemudiannya berlepas ke Long Angeles, dan seterusnya ke New York, London,
Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok – dengan perhentian singkat sehingga beberapa jam di setiap lapangan terbang sehingga ia tiba di Bangkok.
Pesawat tersebut mendarat di Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 2.11 petang ini selepas perjalanan semalam 41,900 kilometer dan masih berada
di destinasi tersebut ketika berita ini ditulis.
Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjalanan pesawat tersebut namun sehingga kini masih
belum menerima jawapan.
Pesawat 9M-NAA merupakan antara beberapa jet orang kenamaan yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.
Dalam kenyataan tahun lalu, PMO menyatakan bahawa jet itu masing-masing melibatkan sebuah pesawat Boeing Business Jet, Global Express, a Falcon 900, dan
terbaru sebuah pesawat Airbus.
Menurut kenyataan tersebut, pesawat berkenaan bukan untuk kegunaan eksklusif Najib tetapi juga untuk Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua negeri, anggota
kabinet, tetamu kerajaan dan pegawai tinggi serta orang kenamaan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
SPRM@SPERM@AIR MANI MALAYSIA KORANG TAK KAN DUDUK DIAM JEE.PI LA TERJAH ROSMAH TONG KERANA SALAH GUNA HAK KERA-jaan.MEMANG CIBAI N LANCAU LA KORANG KALAU BUAT TAK RETI JEE
Ko jgn jadi bodoh. aku kerja lama kat VVIP aircraft. yg boleh naik Agung dgn PM je mangkok
jgn la marah..sperma dah terbuat yg terbaik la tu..dok buat bodo aje..kah..kah..kah..hanya d 1malaya! Mari kita sokong 1MDB-1MalayaDahBangkrup!!
Catat Ulasan