Jumaat, 2 Januari 2015

Banjir: Najib dan Anwar dua kali lima jer ..?

Banjir Besar: Anwar kata tak ada tiket untuk balik....

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat pulang lebih awal daripada bercuti ketika banjir buruk melanda pantai timur semenanjung
kerana tidak dapat mengubah semula jadual perjalanannya.

Laporan Sinar Harian Online menyebut, Anwar juga meminta   semua pihak, termasuk jentera partinya agar tidak “terlalu berpolitik” dan lebih menumpukan
pada usaha menyalurkan bantuan.

“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh
ditukar.

“Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik
mahupun diskriminasi.

“Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Anwar menerima kritikan kerana kelibatnya tidak dapat dikesan ketika penduduk pantai timur, yang mesra dengan gelaran “rakyat” oleh ketua pembangkang itu,
menderita akibat banjir.

Blog pro-Umno turut menerbitkan gambar menunjukkan beliau sedang mengayuh basikal di satu destinasi percutian.

Anwar bagaimanapun menjelaskan bahawa gambar itu sudah dirakam lama sebelum kejadian bencana banjir tersebut.

“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,” katanya.

Anwar dilaporkan berkata demikian kepada pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu semalam.

Laporan itu tidak menyebut destinasi percutian Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga pada minggu lalu menerima kritikan meluas apabila gambarnya sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama, tersebar luas di Internet dan mendapat perhatian media antarabangsa.

Para pemimpin Pakatan giat mengkritik Najib kerana mengutamakan permainan golf ketika bencana bah besar melanda pantai timur.

Najib tiba di Kota Bharu pada Sabtu lalu.

# kepada puak2 UMNO. Mana sama. sorang naik kapal terbang awam, tiket mana boleh tukar-tukar. Sorang naik jet peribadi yang ditanggung rakyat. Tu pun lu tak boleh fikir ka?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: