Khamis, 8 Januari 2015

AKSI POYO GIMIK MELAMAR DIKRITIK USTAZ TERKENAL

Nampaknya lamaran yang dilakukan Hairul Azreen kepada kekasihnya, Hanis Zalikha telah menjadi topik yang sangat panas.. Ada yang merasakan apa yang pasangan
ini lakukan sangat ‘sweet’.. Tapi ada jugak yang memberikan pandangan negatif..

Terbaru apa yang Miss A dengar ialah perbuatan yang dilakukan oleh Hairul ni dikatakan boleh memesongkan akidah? Biar betul.., ni dah sampai tahap boleh
murtad kan? Bahaya ni..

Perkara ini dimaklumkan oleh pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat yang melahirkan pendapat lamaran tersebut boleh memesongkan akidah serta bertentangan
dengan nilai islam dan budaya masyarakat Melayu..

“Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk
berlaku.

“Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijab kabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus
dengan majlis akad nikah,” katanya..

Artis-artis Malaysia kan suka guna ayat “Will you marry me”, mungkin takut ia menjadi ikutan kepada genarasi akan datang.. Lagipun banyak cara lain yang
boleh buat untuk lamar Hanis.. Bila jadi macam ni kecoh satu industri hiburan..

Moga pasangan ini akan cepat-cepat kahwin.. Selagi tak kahwin mesti tak akan habis-habis kena hentam.. Miss A/UtaraNews.com

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: