Sabtu, 24 Januari 2015

Abdul Hadi sudah 'ngam' dengan presiden PASMA?

Pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam majlis jamuan rakyat di Kuala Kedah hari ini mengejutkan pelbagai pihak.

Ini kerana PAS sebelum ini membuat keputusan, semua pimpinan parti itu tidak boleh menyertai sebarang majlis anjuran PasMa.

Namun Phahrolrazi berharap pertemuan hari ini memberi satu harapan baik agar kedua-dua pihak dapat berbaik selepas ini.

"PasMa tidak ada sebarang perasaan permusuhan terhadap PAS kerana kita NGO yang menyokong Pakatan Rakyat," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider.

Hadi bersama anggota Dewan Harian PAS, termasuk Naib Presiden Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz
Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah ke Kuala Kedah hari ini.

Mereka menyertai Majlis Jamuan Rakyat di mana PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpin Phahrolrazi merupakan tuan rumahnya sempena lawatan mereka ke Kedah
hari ini.

Majlis jamuan rakyat itu diadakan di Markas PAS MTD Anak Bukit di Alor Piai, Kuala Kedah dan disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Hadi dilihat duduk di sebelah Phahrolrazi ketika majlis jamuan rakyat itu dan mereka dilihat berbual mesra.

"Kami berbual biasa sahaja, tidak sentuh hal politik," kata Phahrolrazi yang menolak adanya sebarang perbincangan antara mereka.

PasMa yang mengadakan pertemuan buat pertama kali pada 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan dituduh menjadi duri dalam daging oleh sesetengah pimpinan
PAS kerana hubungan baik dengan DAP dan PKR yang kini agak renggang dengan pimpinan utama parti Islam itu.

Bermula dengan Majlis Syura Ulama yang menasihatkan ahli PAS menjauhkan diri dari PasMa, mesyuarat AJK Pusat November lepas juga membuat keputusan sama.

Namun selepas pertemuan mereka hari ini, Phahrolrazi berharap dapat mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan utama PAS bagi membincangkan hubungan antara
mereka, kerana beliau sendiri masih ahli dan pemimpin parti itu.

"Pertemuan hari ini mungkin satu permulaan yang baik. Kita harap dapat mengadakan perbincangan dengan pimpinan utama pusat selepas ini," kata Phahrolrazi
yang sebelum ini pernah mengadakan perbincangan dengan wakil PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Idris Ahmad dalam satu majlis.

Phahrolrazi yang merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya Kedah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, dan beliau juga Yang di Pertua PAS
Kawasan Kuala Kedah. – 24 Januari, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: