Rabu, 14 Januari 2015

3 gadis melayu 'gedik' bercium bakal terima hukuman mahkamah

Kertas siasatan berhubung isu peluk dan cium antara ahli kumpulan K-Pop korea dan juga peminat melayu bertudung, kini telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dalam kenyataan kepada media berkata, perbuatan peminat yang dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

Jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Video aksi mereka kini menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial selepas ia dimuat naik di YouTube.

Ditanya sekiranya Jawi akan mendapatkan maklumat mengenai peminat wanita berkenaan daripada penganjur konsert, Wan Jaafar berkata, kemungkinan sukar kerana mereka tidak mahu mendedahkan butiran tersebut.

“Jadi, kita perlu berusaha menjejaki mereka yang terlibat, atau mereka sendiri tampil kepada kita,” katanya sambil menambah, sebarang perkembangan mengenai siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: