Jumaat, 12 Disember 2014

Pelacur Vietnam dominasi pasaran Malaysia

Syukurlah Malaysia masih aman, rakyat hidup tenteram dan bebbas. Negara Islam masih menjadi sebutan. Islam masih menjadi agama rasmi. Hahaha ini tidak ada kena mengena dengan insiden Malaysia menang bola ke atas Vietnam malam tadi. Ini hanya kupasan fail tahun 2013. Pelacur Vietnam mendominasi pasaran pelacuran Malaysia tahun 2013. Tahun ini apa cerita?

Nampaknya rakyat Malaysia suka ayam Vietnam ye ... hahahha ..

"Sikap mereka yang tidak 'demand' dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi 'idaman'. Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tips' untuk layanan hidangan air tanpa tips tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,434 wanita daripada pelbagai negara ditahan sepanjang tahun lepas kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Daripada jumlah itu, 3,456 adalah wanita Vietnam yang dilihat cuba mendominasi kegiatan pelacuran di negara ini, kata polis.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu meningkat berbanding tangkapan tahun sebelumnya iaitu 2,196 orang, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab-kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

"Sikap mereka yang tidak 'demand' dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi 'idaman'. Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tips' untuk layanan hidangan air tanpa tips tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

"Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks," katanya.

Abdul Jalil berkata selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara tahun lepas ialah wanita China (5,165); Thailand (2,009); Indonesia (1,418); Filipina (845); India (139); Myanmar (114); Uzbekistan (70); dan Kemboja (70).

Wanita negara lain yang turut terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Bangladesh; Laos; Uganda; Nigeria; Mongolia; Tajikistan; Sri Lanka; Kenya; Morocco; Kyrgyz; Iran; Singapura; Hong Kong; Russia; dan Kanada.

Beliau berkata polis melakukan 42,788 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu sebanyak 8,749 diikuti Kuala Lumpur (8,620), Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

"Polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pelacuran atau pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dan kami akan sentiasa adakan serbuan dan tangkapan," katanya. - Bernama


Nanti kalau kena bala, semua terpalit ..!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: