Rayuannya akan didengar oleh panel lima orang hakim di mahkamah tertinggi negara itu.
Dr Khir tiba pada kira-kira jam 8.50 pagi bersama dengan isterinya Zahrah Kechik.
Bekas menteri besar Selangor itu diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M Athimulan manakala DPP ialah Mohd Masri Daud.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap Khir dan memerintahkan hartanah yang terlibat dalam kes itu dirampas.
Dr Khir didapati bersalah menggunakan kedudukannya sebagai menteri besar dan pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperolehi tanah dan sebuah banglo bernilai RM3.5 juta dengan harga di bawah nilai pasaran.
Mahkamah Rayuan setahun kemudiannya mengekalkan keputusan mahkamah tinggi tersebut.
Kini, Mahkamah Persekutuan adalah peringkat akhir untuk Dr Khir merayu kesnya. – Malaysiakini
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Tengok cuaca hari ni macam lepasss ajer...heh2
Kalau orang nak jual BMW 5 series baru kat ko 10,000 sebijik dan bawah harga pasaran; kalo ko sambar salah ker? Kalo ko tak ambik, tak rugi ker? Orang nak jual bmw murah, tanpa kita mintak, salah ker dari segi hukum islam? Kalo salah, tang mana salahnya?
Aku pun penin la fikir.......
Catat Ulasan