Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan angin antara 50 hingga
60 kilometer sejam (km/j), serta ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North,Layang-layang,
Reef South, Labuan, Sulu dan Palawan.
JMM turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori pertama) berkelajuan 40 sehingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian
sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, dan Kudat), dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan.
Sementara itu, penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin
terutama esok berikutan ribut tropika Jangmi yang dijangka akan menyebabkan cuaca buruk.
Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah mulai hari ini hingga Jumaat.
- BERNAMA
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan